Hai...
Kali ini Mommy nak kongsikan kat anda semua tentang buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.
Kebanyakkan orang tidak mengetahui buah apa yang tinggi Vitamin C nya selain daripada buah oren. Bila ditanya sahaja sudah tentu buah oren adalah jawapan utama. Ya kan? Hehehe. Dahulunya Mommy pun begitu juga. So don't worry about it because right now you gonna know 6 types of fruit that contains a lot of vitamin C.
1. BUAH JAMBU BATU
Mesti anda terkejut kan? Tapi buat pengetahuan anda semua buah jambu batu ini mempunyai Vitamin C dua kali lebih tinggi daripada buah oren. Ianya bagus untuk merawat masalah yang berkaitan dengan perut. Tapi jangan terover makan pula yaa 😎
2. BUAH KIWI
Seperti buah jambu batu, buah kiwi juga mempunyai vitamin C dua kali lebih banyak berbanding buah oren. Bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah buah kiwi juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Kalium, dan juga Magnesium.
3. BUAH OREN
Vitamin C dan buah Oren berpisah tiada. Setiap kali di tanya buah apakah yang ada Vitamin C, pasti jawapan utama ialah buah Oren. Kan? Buah oren mengandungi banyak khasiat seperti antioksidan, vitamin, folat, serat, dan juga mineral yang di perlukan badan kita setiap hari. So amalkan pengambilan buah oren okay.
4. BUAH BETIK
Seperti yang diketahui ramai buah betik sangat bagus untuk sistem pencernaan. Namun banyak yang tidak tahu buah betik juga kaya dengan Vitamin C. So sesiapa yang nak detoks tu memang sesuai sangat amalkan buah betik.
5. BUAH DURIAN BELANDA
Haa yang ni, banyak muda mudi tak tahu buah ni. Salah satu favourite fruit Mommy. Kalau anda nak tahu sebenarnya buah durian belanda ni merupakan buah yang bertindak sebagai agen antioksidan, untuk kekebalan tubuh dan juga melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah ini juga mengandungi fosforus dan juga kalsium so amalkan la yaa buah durian belanda ini untuk elakkan daripada masalah osteoporosis.
6. BUAH ANGGUR
Buah anggur juga antara buah yang tinggi Vitamin C dan oleh sebab itu lah buah anggur kaya dengan serat, zat besi, kalium, dan tinggi dengan anti oksidan. No wonder lah buah anggur menjadi pilihan utama sebagai bahan untuk vivix.
So anda bolehlah mengamalkan buah-buahan ini untuk pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C.
Dan jika anda nak cari suplement yang lengkap dengan Vitamin C, boleh klik disini.
Ok lah sekian perkongsian dari Mommy. Jom cantik bermula dengan pengambilan buah harian anda.
Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan
Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...

-
Semua orang inginkan kulit yang cantik.. Betul tak? Bukan hanya wanita malah lelaki juga. Tidak ada seorang pun yang ingin menghadapi masala...
-
Hai... Hari ini mommy nak kongsikan tentang produk skin care pula... Seperti yang kita tahu berita tentang salah pilih produk skincare m...
Wow! Tq info, mau rajin la ni makan ni buah. 😍
ReplyDeleteBuah2 ni mmg antioksida. Bagus untuk kulit.
ReplyDeleteInfo yang hebat !
ReplyDeletesemua fevret saya 😍
ReplyDeletebest ow dpt makan buah yang sedap2 rasa sambil menikmati khasiat dia..
ReplyDeleteBuah yg high antioksidan mmg bantu kulit jadi lebih cantik 😍
ReplyDeleteBiar betul. Buah kegemaran ni
ReplyDelete