Ramai orang kata memang normal la tu wanita dengan sifatnya nak berlawa. Tapi adakah benar sifat merupakan sebab utama untuk wanita bercantik-cantik?
Ada yang nak putih, ada yang nak gebu, ada pula yang nak cantik bak retis. Sehinggakan ada yang sanggup buat pembedahan plastik hanya kerana nak cantik. Tapi kenapa yer?
1. Membina keyakinan diri.
Wanita yang memang dah yakin sangat dengan diri tanpa perlu bercantik, memang mommy tabik. Tapi dalam dunia ni mungkin peratusnya mungkin 1% saja yang begitu. Dan yang lainnya, memang perlukan kecantikkan untuk membina keyakinan diri. Contohnya saja; wanita tak nak wajah berjerawat, wanita tak nak wajah kusam, wanita nak tubuh lansing, wanita nak bermekap, wanita nak ini, nak itu, aduiii panjang betul senarainya. Pendek kata, semua nak. Dari segi pakaian juga jadi salah satu sebab nak kelihatan cantik.
2. Menarik hati dan pandangan pasangan.
Yang ini mommy tak nak bahas panjang-panjang. Sedangkan mereka yang sukakan pasangan sejenis pun tetap nak bercantik, apatah lagi yang straight. Hehehe. Banyak wanita buat tak kisah tentang ni, terutamanya yang dah berumah tangga. Tapi bila dah laki mula nak 'makan luar', baru lah nak berubah. So why not semua wanita tak kira la dah kawin ke, dah jadi nenek ke, seharusnya kena jaga penampilan. Laki tu cakap jer terima seadanya tapi bila nampak yang lebih dari isterinya, menjalar juga matanya tu.
3. Lumrah orang sekeliling
Dah memang lumrah, netizen suka pandang yang cantik. Yang hodoh, tidak dipandang. Bezakan wanita cantik bentuk tubuh badan dan pandai berhias dengan wanita gemuk dan tak pandai nak berhias, rupa dah serupa mak lampir. 99.9% orang akan pandang yang cantik tu. Yela kita cakap jer, "Eleh tak kisah pun pandangan orang yang penting jadi diri sendiri". Namun jauh di sudut jiwa raga, mesti terselit juga niat nak bercantik tu.
4. Mudah nak dapat kerjaya.
Part ini merangkumi kerjaya yang memerlukan penampilan yang cantik. Contohnya kerjaya yang melibatkan orang luar seperti jumpa client atau pun orang ramai. Ada tak artis wanita yang kamu nampak tak cantik? Yang tak berhias, tak bermekap.. Sedangkan Saloma di umur tuanya juga masih bermekap dan pakai pakaian yang cantik. Kenapa? Dah kalau buruk, cemana nak dapat peminat... Ye tak? Dah tu peminat ni suka jadikan artis tu sebagai idola mereka, kalau artis idola mereka guna makeup keluaran HUDA BEAUTY, sudah tentu peminatnya akan berusaha nak dapatkan makeup yang sama. So kalau rasa nak jadi artis, mulakan dari penampilan luaran dahulu yaa.
5. Dah memang sifat wanita.
Hahaha. Sememangnya sifat wanita nak bercantik. 99% wanita di dunia ni nak cantik. Sebab itu wujudnya pereka fesyen, pengeluar barangan kecantikkan, produk suplemen untuk cantik. So nak jadi putih, nak cari produk untuk kulit, boleh la terus ke link ini.
CANTIK SECARA SEMULAJADI
KEUNIKAN YOUTH SHAKLEE
Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan
Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...

-
Semua orang inginkan kulit yang cantik.. Betul tak? Bukan hanya wanita malah lelaki juga. Tidak ada seorang pun yang ingin menghadapi masala...
-
Hai... Hari ini mommy nak kongsikan tentang produk skin care pula... Seperti yang kita tahu berita tentang salah pilih produk skincare m...
Wanita dan cantik berpisah tiada
ReplyDeleteCiptaan Tuhan kena la dijaga cantik2.. wanita ni juga merupakan Ciptaan Tuhan yang paling cantik.😆
ReplyDeletesy setju ni
ReplyDeleteSetujuu ini memang tidak boleh berpisah tau. Hehe
ReplyDeleteWowww!!
ReplyDeleteSemestinya semua wanita mau cantil hihi
ReplyDeleteWanita mmg suka kecantikan hihi
ReplyDeleteWanita memang tidak boleh terpisah dengan kecantikan.
ReplyDelete