Wednesday 28 March 2018

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling berkaitan. Di sini mommy nak kongsikan 10 petua untuk penjagaan kecantikkan sekaligus baik untuk kesihatan.



1. Senaman ringan

Senaman ringan harian

Anda perlu melakukan senaman harian sekurang-kurangnya 10 minit. Anda boleh lakukan senaman seperti yoga, atau pun bagi yang nak bentuk badan yang cantik bolehlah lakukan senaman fokus kepada pembentukkan tubuh.

2. Kurangkan makanan berminyak

Kurangkan makanan berminyak, amalkan pemakanan sihat.

Tahukah anda bahawa makanan berminyak boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon tubuh? Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan tubuh anda letih dan tidak bermaya. Selain itu ia juga menyebabkan jerawat tumbuh di kulit anda.

Petua Dan Tips Mengatasi Masalah Penat, Letih, dan Kurang Bertenaga dengan pantas.

3. Elakkan minum minuman bergas atau air sejuk

Bahaya minuman bikarbonat

Minuman bergas seperti yang kita tahu mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Minuman bergas juga jika diamalkan tanpa kawalan boleh mengundang kepada penyakit batu karang, kencing manis, dan bermacam penyakit lagi. Manakala minuman sejuk pula tidak baik untuk pengaliran darah di dalam tubuh kita. Seeloknya amalkan minuman suam seperti air suam kosong atau air lemon suam.

4. Jauhkan diri daripada asap

Katakan TIDAK kepada ROKOK

Asap? Mesti ada yang tertanya asap apa. Seeloknya semua asap. Dan paling utama ialah jangan merokok atau berhenti merokok. Rasanya mommy tak perlu senaraikan penyakit apa yang boleh disumbangkan oleh rokok kerana ia menyumbang hampir kepada semua jenis penyakit. Tahukah anda bahawa asap pembakaran, asap kereta, asap rokok boleh membuatkan kulit kita menjadi kering? Anda boleh cuba di tempat anda sendiri keadaan kulit yang terkena asap contohnya anda membakar rumput kering di halaman rumah anda, mesti anda akan rasa kulit anda kering dan berhabuk.

5. Jangan minum minuman beralkohol

Keep calm and say NO to alcohol.

Minuman beralkohol merupakan gaya hidup yang sangat tidak baik. Ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mentaliti malah ia juga memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda. Terutamanya jika mengamalkan minuman beralkohol tanpa had dan berpanjangan. Dan selalunya orang mabuk tak la sekacak atau secantik seperti diri mereka ketika waras. Ye tak? 😊

6. Kerap mandi

Mandi bantu menenangkan diri

Banyak orang tidak mengetahui bahawa kerap mandi baik untuk kebersihan dan kecantikkan badan. Ia mengekalkan kelembapan kulit daripada kekeringan dan sekaligus membersihkan kotoran di tubuh anda. Pernah lihat tak keadaan orang yang malas mandi? Selalunya penuh jerawat. Agaknya pasal itu kot wujudnya lagu Tak Tun Tuang tu. Hehehe. Gurau. 🤗

7. Fikir positif

Kebaikan mengamalkan berfikiran positif

Amalkan fikiran secara positif selalu. Minda yang positif memberi aura yang baik untuk tubuh kita sekaligus mengelakkan kita pening kepala. Orang yang sentiasa berfikiran positif membuatkan orang lebih banyak tersenyum dan ornag tersenyum sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Ye tak? Tak tau? Cuba amalkan; lebih banyak senyum. 😊

8. Jauhi perasaan marah dan tertekan

Say NO to Negativity

Tahukah anda perasaan marah dan tertekan membuatkan anda kelihatan lebih cepat tua? Seperti kata-kata yang selalu diungkapkan oleh orang ramai, "Jangan marah-marah, nanti cepat tua". Ianya benar. Orang kuat marah akan lebih cepat berkedut wajahnya terutama bahagian dahi.

9. Sentiasa tenangkan hati

Banyakkan bertenang

Mudahnya berkata namun bukan mudah untuk lakukan. Selalu mommy dengar orang akan jawab seperti ini. Tapi jika tidak dimulakan di masa kini, sampai bilakah anda ingin menangguhkan? So calm down dear and you will feel the beauty of being patient.

10. Banyakkan melakukan perkara bermanfaat.

Always do something good in your life

Kurangkan melibatkan diri daripada menjadi seorang yang busy body tentang hal orang lain. Dan pilih aktiviti harian yang bermanfaat kepada diri anda. Contohnya, aktiviti hiking, berbasikal, dan seni mempertahankan diri. Elakkan diri jadi makcik/pakcik bawang. 😎

Jom cantik dan sihat dengan petua di atas.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

BACA DI SINI : AMALKAN SET HAMIL SHAKLEE UNTUK ANAK 

No comments:

Post a Comment

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...