Wednesday 28 March 2018

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling berkaitan. Di sini mommy nak kongsikan 10 petua untuk penjagaan kecantikkan sekaligus baik untuk kesihatan.



1. Senaman ringan

Senaman ringan harian

Anda perlu melakukan senaman harian sekurang-kurangnya 10 minit. Anda boleh lakukan senaman seperti yoga, atau pun bagi yang nak bentuk badan yang cantik bolehlah lakukan senaman fokus kepada pembentukkan tubuh.

2. Kurangkan makanan berminyak

Kurangkan makanan berminyak, amalkan pemakanan sihat.

Tahukah anda bahawa makanan berminyak boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon tubuh? Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan tubuh anda letih dan tidak bermaya. Selain itu ia juga menyebabkan jerawat tumbuh di kulit anda.

Petua Dan Tips Mengatasi Masalah Penat, Letih, dan Kurang Bertenaga dengan pantas.

3. Elakkan minum minuman bergas atau air sejuk

Bahaya minuman bikarbonat

Minuman bergas seperti yang kita tahu mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Minuman bergas juga jika diamalkan tanpa kawalan boleh mengundang kepada penyakit batu karang, kencing manis, dan bermacam penyakit lagi. Manakala minuman sejuk pula tidak baik untuk pengaliran darah di dalam tubuh kita. Seeloknya amalkan minuman suam seperti air suam kosong atau air lemon suam.

4. Jauhkan diri daripada asap

Katakan TIDAK kepada ROKOK

Asap? Mesti ada yang tertanya asap apa. Seeloknya semua asap. Dan paling utama ialah jangan merokok atau berhenti merokok. Rasanya mommy tak perlu senaraikan penyakit apa yang boleh disumbangkan oleh rokok kerana ia menyumbang hampir kepada semua jenis penyakit. Tahukah anda bahawa asap pembakaran, asap kereta, asap rokok boleh membuatkan kulit kita menjadi kering? Anda boleh cuba di tempat anda sendiri keadaan kulit yang terkena asap contohnya anda membakar rumput kering di halaman rumah anda, mesti anda akan rasa kulit anda kering dan berhabuk.

5. Jangan minum minuman beralkohol

Keep calm and say NO to alcohol.

Minuman beralkohol merupakan gaya hidup yang sangat tidak baik. Ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mentaliti malah ia juga memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda. Terutamanya jika mengamalkan minuman beralkohol tanpa had dan berpanjangan. Dan selalunya orang mabuk tak la sekacak atau secantik seperti diri mereka ketika waras. Ye tak? 😊

6. Kerap mandi

Mandi bantu menenangkan diri

Banyak orang tidak mengetahui bahawa kerap mandi baik untuk kebersihan dan kecantikkan badan. Ia mengekalkan kelembapan kulit daripada kekeringan dan sekaligus membersihkan kotoran di tubuh anda. Pernah lihat tak keadaan orang yang malas mandi? Selalunya penuh jerawat. Agaknya pasal itu kot wujudnya lagu Tak Tun Tuang tu. Hehehe. Gurau. 🤗

7. Fikir positif

Kebaikan mengamalkan berfikiran positif

Amalkan fikiran secara positif selalu. Minda yang positif memberi aura yang baik untuk tubuh kita sekaligus mengelakkan kita pening kepala. Orang yang sentiasa berfikiran positif membuatkan orang lebih banyak tersenyum dan ornag tersenyum sentiasa mendapat perhatian orang ramai. Ye tak? Tak tau? Cuba amalkan; lebih banyak senyum. 😊

8. Jauhi perasaan marah dan tertekan

Say NO to Negativity

Tahukah anda perasaan marah dan tertekan membuatkan anda kelihatan lebih cepat tua? Seperti kata-kata yang selalu diungkapkan oleh orang ramai, "Jangan marah-marah, nanti cepat tua". Ianya benar. Orang kuat marah akan lebih cepat berkedut wajahnya terutama bahagian dahi.

9. Sentiasa tenangkan hati

Banyakkan bertenang

Mudahnya berkata namun bukan mudah untuk lakukan. Selalu mommy dengar orang akan jawab seperti ini. Tapi jika tidak dimulakan di masa kini, sampai bilakah anda ingin menangguhkan? So calm down dear and you will feel the beauty of being patient.

10. Banyakkan melakukan perkara bermanfaat.

Always do something good in your life

Kurangkan melibatkan diri daripada menjadi seorang yang busy body tentang hal orang lain. Dan pilih aktiviti harian yang bermanfaat kepada diri anda. Contohnya, aktiviti hiking, berbasikal, dan seni mempertahankan diri. Elakkan diri jadi makcik/pakcik bawang. 😎

Jom cantik dan sihat dengan petua di atas.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

BACA DI SINI : AMALKAN SET HAMIL SHAKLEE UNTUK ANAK 

Monday 26 March 2018

Petua Dan Tips Mengatasi Masalah Penat, Letih, dan Kurang Bertenaga dengan pantas.

Masalah penat, letih, dan kurang bertenaga selalu dipandang rendah oleh segelintir manusia. Padahal mereka tidak tahu bahawa dengan keadaan badan yang kurang bertenaga, letih, penat itu lah yang menyumbang kepada seberapa pantasnya penyakit boleh menyerang tubuh seorang manusia.

Keletihan boleh menyebabkan kematian.

Malaysia di kejutkan dengan beberapa berita tentang pembantu rumah yang meninggal dunia akibat di dera dan tidak di jaga rapi oleh majikan akhirnya membawa kepada kejadian kematian pembantu rumah. Rata-rata siasatan yang dilakukan adalah kerana pembantu rumah tidak mempunyai rehat yang cukup dan di tambah pula dengan situasi dera oleh majikan itu sendiri.

Salah satu kes dera pembantu rumah yang hangat diperkatakan di Malaysia pada tahun ini.

Sebelum mencari tahu apakah petua yang sesuai anda lakukan untuk mengatasi masalah letih, penat, serta kurang tenaga anda; tanya diri anda.. Apakah punca yang menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian.

  • Adakah anda bekerja lebih masa?
  • Adakah anda kurang tidur?
  • Adakah suasana sekeliling anda menyebabkan anda penat?
  • Adakah anda kurang mengambil pemakanan sihat yang memberikan tenaga?

    Bagaimanakah cara untuk mengatasi setiap masalah ini?

    1. Jika anda merasakan diri anda terlalu bekerja sehingga menyebabkan anda merasakan penat yang berlebihan, ubah jadual bekerja anda. Contohnya: Jika setiap hari anda bekerja selama 16jam anda boleh lah tukar jadual bekerja anda dengan bekerja 12jam sehari atau pun selang selikan jadual bekerja anda. Bincangkan dengan pihak atasan anda tentang permasalahan anda dengan jadual bekerja yang di berikan.
    2. Lihat pada waktu tidur anda setiap hari. Untuk seseorang manusia mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk tubuhnya, ia memerlukan sekurang-kurangnya tidur selama 8 jam sehari. Apatah lagi mereka yang bekerja berat setiap hari. Jadi adakah anda mempunyai tidur yang cukup?
    3. Keadaan sekeliling. Contohnya seorang surirumah tangga, seorang ibu bekerjaya. Keadaan sekeliling banyak menyumbang kepada aspek keletihan, kekurangan tenaga, serta keletihan seorang wanita golongan ini. Itu kerana mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan keadaan anak-anak, rumah tangga, malah orang sekeliling juga seperti jiran, saudara, dan keluarga lain. So si isteri dan si ibu seharusnya berbincang dengan si suami untuk saling mengagihkan tugas antara sesama. Atau lebih mudah, dapatkan bantuan amah.
    4. Kekurangan makanan yang berkhasiat juga banyak memberikan sumbangan kepada masalah-masalah ini. Terutama sekali mereka yang tidak mengamalkan pengambilan suplemen dan hanya bergantung harap dengan makanan harian sebagai pemberi tenaga. Makanan berminyak dan berlemak ialah antara makanan yang menyumbang kepada sel-sel badan untuk tidak bergiat aktif.

    Jom lihat makanan apa yang boleh membantu untuk memberikan tenaga kepada tubuh kita. 

    1. Sayuran hijau


    Sayuran hijau melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini kerana sayuran mempunyai campuran vitamin untuk meningkatkan kembali tenaga yang berkurangan di dalam tubuh. Antaranya ialah sayur bayam, sayur kacang, brokoli, bendi.

    2. Buah-buahan


    Sama seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga sama. Di mana buah-buahan mempunyai vitamin yang baik untuk memulihkan tenaga kita. Amalkan pengambilan buah yang mempunyai vitamin c dan zinc yang banyak; seperti tembikai, pisang, kurma, epal, dan anggur.

    3. Kekacang

    Kandungan kekacang yang padat dengan protein, serat, lemak penting, vitamin dan mineral memberikan tenaga mencukupi untuk tubuh. Seperti walnut, pecan, hazel, badam, kacang tanah, biji gajus dan granola iaitu campuran bijirin, buah-buahan kering, biji labu, oat dan madu.

    Selain ikhtiar dengan pemakanan, anda juga boleh ikhtiar menyelesaikan masalah keletihan dan kurang tenaga dengan pengambilan suplemen.

    SET TENAGA SHAKLEE

    Set Tenaga Optima untuk mengurangkan masalah keletihan.


    1. VITALEA
    - Mencukupkan kekurangan nutrisi yang menjadi faktor badan lemah.

    2. B-COMPLEX
    - Menukarkan makanan ke bentuk tenaga supaya lebih cergas, bertenaga dan fokus.

    3. OSTEMATRIX
    - Membantu menghilangkan lenguh-lenguh badan akibat kurang kalsium dan kerja keras.

    4. SUSTAINED RELEASED VITA C PLUS
    - Menurunkan risiko penyakit dan menguatkan anti bodi serta menpercepatkan pemulihan dari sakit.


    ESP untuk meningkatkan tenaga

    5. ESP (Energizing Soy Protein)
    - Memberi tenaga segera dan rasa kenyang

    VIVIX menghasilkan mitokondria tenaga

    6. VIVIX
    - Meningkatkan penghasilan mitokondria, membantu menguatkan sel badan untuk menghasilkan tenaga dan memperlahankan proses penuaan yang membuatkan badan cepat rasa letih, penat, dan kurang bertenaga.

    Apa kata mereka yang telah mengamalkan set tenaga Shaklee.

    Testimoni 1:
    Seorang bakal ibu mengatakan bahawa ESP membantunya untuk terus bertenaga ketika dalam proses melahirkan anaknya.
    (Teringat pula mommy time bersalin anak kedua, mommy angkut ESP untuk diminum. Sekali push jak baby dah keluar. Pastu bertenaga masih sehingga ke malam. Padahal mommy cuma minum ESP subuh tu)

    Testimoni 2:
    Dua orang suri rumah yang memberi kenyataan bagaimana Set Tenaga Shaklee membantu untuk terus bertenaga dalam kehidupan seharian mereka sebagai surirumah yang dikatakan pekerja 24jam.

    Testimoni 3:
    Seorang ibu juga yang memberitahu kesan Vitalea kepada sumber tenaganya yang mana dahulunya beliau cepat penat dan tidur awal kerana kepenatan. Tetapi selepas mengamalkan Vitalea, kini tenaganya mempunyai perubahan.

    Testimoni 4:
    Perubahan tenaga seorang pengamal VIVIX. Memandu lama bukan lagi satu masalah.
    Lesu dan letih bekerja di hadapan komputer dengan masa yang lama juga bukan penghalang.


    So tiada yang mustahil bagi anda yang mempunyai masalah lesu, letih, penat, dan kurang bertenaga jika anda mengamalkan pemakanan yang baik dan cara hidup yang baik.

    Jika anda mempunyai masalah seperti di atas, anda bolehlah amalkan petua dan tips di atas. Dan jika anda berminat untuk dapatkan suplemen tambahan untuk boost tenaga, anda boleh beli secara online dengan klik gambar di bawah ini.


    Dan jika ingin dapatkan konsultasi serta cara makan suplemen yang berkesan atau ingin mendapatkan potongan harga sehingga 20%, terus klik gambar di bawah ini.


    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    BACA DISINI : KENAPA SHAKLEE BISNES MLM

    Friday 23 March 2018

    5 sebab kenapa wanita suka bercantik-cantik.

    Ramai orang kata memang normal la tu wanita dengan sifatnya nak berlawa. Tapi adakah benar sifat merupakan sebab utama untuk wanita bercantik-cantik?

    Ada yang nak putih, ada yang nak gebu, ada pula yang nak cantik bak retis. Sehinggakan ada yang sanggup buat pembedahan plastik hanya kerana nak cantik. Tapi kenapa yer?

    1. Membina keyakinan diri.

    Wanita yang memang dah yakin sangat dengan diri tanpa perlu bercantik, memang mommy tabik. Tapi dalam dunia ni mungkin peratusnya mungkin 1% saja yang begitu. Dan yang lainnya, memang perlukan kecantikkan untuk membina keyakinan diri. Contohnya saja; wanita tak nak wajah berjerawat, wanita tak nak wajah kusam, wanita nak tubuh lansing, wanita nak bermekap, wanita nak ini, nak itu, aduiii panjang betul senarainya. Pendek kata, semua nak. Dari segi pakaian juga jadi salah satu sebab nak kelihatan cantik.

    2. Menarik hati dan pandangan pasangan.

    Yang ini mommy tak nak bahas panjang-panjang. Sedangkan mereka yang sukakan pasangan sejenis pun tetap nak bercantik, apatah lagi yang straight. Hehehe. Banyak wanita buat tak kisah tentang ni, terutamanya yang dah berumah tangga. Tapi bila dah laki mula nak 'makan luar', baru lah nak berubah. So why not semua wanita tak kira la dah kawin ke, dah jadi nenek ke, seharusnya kena jaga penampilan. Laki tu cakap jer terima seadanya tapi bila nampak yang lebih dari isterinya, menjalar juga matanya tu.

    3. Lumrah orang sekeliling

    Dah memang lumrah, netizen suka pandang yang cantik. Yang hodoh, tidak dipandang. Bezakan wanita cantik bentuk tubuh badan dan pandai berhias dengan wanita gemuk dan tak pandai nak berhias, rupa dah serupa mak lampir. 99.9% orang akan pandang yang cantik tu. Yela kita cakap jer, "Eleh tak kisah pun pandangan orang yang penting jadi diri sendiri". Namun jauh di sudut jiwa raga, mesti terselit juga niat nak bercantik tu.

    4. Mudah nak dapat kerjaya.

    Part ini merangkumi kerjaya yang memerlukan penampilan yang cantik. Contohnya kerjaya yang melibatkan orang luar seperti jumpa client atau pun orang ramai. Ada tak artis wanita yang kamu nampak tak cantik? Yang tak berhias, tak bermekap.. Sedangkan Saloma di umur tuanya juga masih bermekap dan pakai pakaian yang cantik. Kenapa? Dah kalau buruk, cemana nak dapat peminat... Ye tak? Dah tu peminat ni suka jadikan artis tu sebagai idola mereka, kalau artis idola mereka guna makeup keluaran HUDA BEAUTY, sudah tentu peminatnya akan berusaha nak dapatkan makeup yang sama. So kalau rasa nak jadi artis, mulakan dari penampilan luaran dahulu yaa.

    5. Dah memang sifat wanita.

    Hahaha. Sememangnya sifat wanita nak bercantik. 99% wanita di dunia ni nak cantik. Sebab itu wujudnya pereka fesyen, pengeluar barangan kecantikkan, produk suplemen untuk cantik. So nak jadi putih, nak cari produk untuk kulit, boleh la terus ke link ini.

    CANTIK SECARA SEMULAJADI

    KEUNIKAN YOUTH SHAKLEE



    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Wednesday 21 March 2018

    Vitamin C semulajadi Shaklee

    Banyak yang tertanya-tanya, kenapa perlu Vitamin C dalam kehidupan seharian setiap manusia.

    Vitamin C diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan jaringan kolagen dan membantu fungsi antioksidan tubuh dalam meneutralkan radikal bebas. Namun tubuh manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri, oleh kerana itu manusia harus mendapatkannya melalui makanan dan suplemen.

    So mommy nak kongsikan Vitamin C yang sangat jimat dan lebih berkesan dengan cara tersendiri. Iaitu, Sustained Released Vita C Plus Shaklee.


    Apa istimewanya Vitamin C Shaklee ini?

    Sustained Release Vita C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
    Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
    Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

    Lebih menarik tentang SR Vita C Plus...

    1. Bantu menghasilkan kolagen di dalam badan.
    2. Bantu kulit kelihatan lebih cantik dan sekata.
    3. Sebotol penggunaan sehingga 6 bulan.
    4. Bantu mempercepatkan penyembuhan luka.

    Kenapa jimat?

    Ini kerana sebotol Vitamin C ini mengandungi 180 biji vitamin, sebiji Vitamin C ini adalah di dalam anggaran RM0.57. Dan khasiat sebiji vitamin c ini adalah sama dengan khasiat 7 biji oren fresh. So besides 7 biji oren dengan sebiji vitamin c shaklee ini, murah tak? Jimat tak? 😄😄😄

    Lagi kelebihan Sustained Released Vita C Plus Shaklee........



    So kalau anda berminat untuk dapatkan Sustained Released Vita C Plus Shaklee ni, boleh dapatkannya di sini.


    Atau terus hubungi Mommy di link whatsapp Mommy; http://dionzgoh.wasap.my


    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Monday 19 March 2018

    Cantik secara semulajadi

    Semua orang berminat nak dapatkan kulit yang cantik, putih, tanpa cela. Kan?

    Banyak teman-teman mommy mengadu nak kulit putih dan cantik. Apatah lagi mereka yang selalu terdedah dengan sinaran UV.

    Kali ini mommy nak share dua produk Shaklee yang banyak membantu masalah kulit mommy.

    Sustained Released Vita C Plus dan ESP.

    1. Sustainable Released Vita C Plus


    Selain produk skincare, kita juga perlu menjaga kulit kita secara dalaman. Kenapa Vitamin C? Kerana vitamin c merupakan vitamin yang bantu untuk meransang penghasilan kolagen di dalam tubuh agar setiap kerosakkan yang berlaku pada kulit kita dapat dipulihkan lebih cepat. That's why kenapa haiwan bila luka, luka mereka cepat sembuh. Itu kerana tubuh binatang mampu menghasilkan vitamin c manakala manusia pula tidak, dan oleh sebab itu manusia memerlukan vitamin c melalui sayur-sayuran, buah-buahan, dan juga dari suplemen.

    Apa yang menarik tentang Vita C Shaklee? Vita C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

    2. ESP (Energizing Soy Protein)


    Kalau dah berparut gelap, kulit sunburn, kulit tona tak sekata. Wajiblah kita inginkan kulit yang cerah atau pun tona yang sekata. Ye tak? So ESP pilihan yang terbaik. Ini kerana ESP membantu untuk mencerahkan kulit untuk lebih cantik dan tona sekata.

    Keistimewaan ESP Shaklee? Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).


    Ni testimoni mommy sendiri. So pasni glowing jer muka amalkan dua benda ni. ❤❤❤

    Berminat? Boleh dapatkannya melalui pembelian online di sini.


    Dan dapatkan konsultasi percuma dan berkesan melalui mommy di sini.


    YOUTH Shaklee Skincare Produk Penjagaan Muka Selamat Berkesan

    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Friday 16 March 2018

    Penyusuan Susu Ibu kepada bayi, lihat kelebihannya.


    Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.

    Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

    1. Kandungan protein yang tinggi.

    Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

    2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.

    Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

    3. Mengurangkan jangkitan usus.

    Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

    4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.

    Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

    5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.

    Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

    6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.

    Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

    Maka apa yang perlu anda lakukan?

    Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Wednesday 14 March 2018

    5 tips memilih pelembab yang sesuai untuk jenis kulit wajah kering

    Mencari pelembab yang tepat untuk kulit wajah kering merupakan hal yang sangat penting.

    Beberapa pelembab mungkin akan membuat kulit wajah semakin kering, sedangkan yang lain akan membuat kulit wajah menjadi berminyak.


    Berikut adalah tips sederhana dalam memilih pelembab yang tepat untuk kulit wajah kering:

    1. Pilih pelembab yang memiliki kandungan minyak yang tinggi.

    Jika memiliki kulit wajah yang sangat kering, pelembab yang mengandung minyak dalam jumlah tinggi akan bekerja dengan baik untuk Anda.

    Tapi, jika paras kekeringan kulit wajah ringan sangat tinggi, maka anda harus menggunakan pelembab yang sedikit kandungan minyaknya dan di hasilkan dari bahan yang berdasarkan air.

    2. Tentukan apakah kekeringan terjadi pada seluruh kulit wajah atau hanya di beberapa area wajah saja.

    Banyak orang yang memiliki jenis kulit kombinasi, dimana mereka memiliki area wajah yang berminyak di zona T (hidung, dahi bagian tengah, dan dagu), sedangkan area wajah yang lain kering dan bersisik.

    Jika memiliki jenis kulit kombinasi, gunakanlah pelembab yang sesuai dengan jenis kulit anda dan sapukan pelembab hanya pada area kulit wajah yang kering.

    3. Gunakan pelembab yang dapat menjaga kelenturan kulit.

    Carilah pelembab yang mengandung gliserin, dimethicone, hyaluronic acid, dan urea 20% untuk kulit wajah yang ekstra kering. Bahan-bahan tersebut boleh menjaga kulit untuk tetap anjal dan tidak kering.

    4. Beli pelembab yang hipoalergenik.

    Untuk menjaga kulit wajah terhindar dari reaksi alergi terhadap parfum atau zat aditif yang lain, belilah pelembab yang hipoalergenik.

    Ini akan menghindari kulit wajah terefeksi karena alergi terhadap suatu produk yang akan membuat kulit wajah semakin kering dan bersisik.

    5. Pertimbangkan untuk menggunakan pelembab dari bahan semulajadi.

    Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan semua pelembab alami, contohnya olive oil (minyak zaitun).

    Harganya akan lebih murah jika digunakan sebagai pelembab dibandingkan harga pelembab lain yang dijual di kedai.

    Selain itu, dengan menggunakan pelembab dari bahan semulajadi, pori-pori kulit wajah tidak akan tersumbat.


    Struktur kulit semakin baik dalam masa 14 hari dengan YOUTH Skincare


    Semoga tips ini membantu anda yang mempunyai masalah kulit kering dan tidak tahu memilih pelembab yang sesuai untuk kulit kering.

    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Monday 12 March 2018

    Cara hilangkan bau badan selain deodorant dan minyak wangi.

    Hello...

    Hari nie mommy nak kongsi kamu set shaklee yang boleh membantu masalah bau badan.

    Well, hari ni mommy jumpa dengan seorang kawan. Then kawan ajak kawan sekali. Salah satu kawannya tu, ermmm... Bau badan sangat menyengat. Tetiba kawan mommy tu tanya kat mommy, "kau tahan juga tu bau?". Mommy hanya mampu senyum. Rupanya kawan seorang tu ialah kawan kepada kawannya. Dia pun baru saja kenal.


    So mommy is being me. Mommy share sikit la tentang produk shaklee. Actually mommy explain produk yang bantu untuk atasi bau badannya tu, tapi mommy explain in different way. Mommy explained kelebihan produk itu in a different situation but she needs it. Well cover line sikit. 😅😅

    So mommy nak share kat anda apakah produk shaklee yang boleh membantu anda dalam mengatasi masalah bau badan ini. Kot-kot terjumpa kawan camni ker, bolehlah usha produk-produk ini ke kawan. Atau diri sendiri ker yang ada masalah. Ye tak?


    Ini antara produk shaklee yang bantu untuk atasi masalah bau badan.

    1) ALFALFA



    Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

    2) HERBLAX


    Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

    3) GARLIC COMPLEX



    Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

    Masalah bau badan bukan di atasi dengan deodorant dan minyak wangi sahaja tapi perlu di atasi dari dalaman juga. Biar wangi semerbak sepanjang hari tanpa risaukan masalah bau badan.

    Anyway, bau badan sudah ada solution. Lihat pula solution untuk masalah bau nafas/ bau mulut disini.

    TESTIMONI PARA PENGGUNA SET SHAKLEE INI.




    Jika anda ada masalah bau badan atau ada rakan anda yang mengalami masalah bau badan, bolehlah anda hadiahkan set ini ke kawan anda. 😎

    Anda boleh terus beli set ini melalui online dengan klik gambar di bawah.


    Dan dapatkan konsultasi khas dan percuma daripada mommy sendiri, dengan klik gambar di bawah.


    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Friday 9 March 2018

    Getting healthy like a PURE LOVE.

    Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
    Tinggi lagi sayang sama kamu
    Biru biru hujung Kinabalu
    Tengok dari jauh
    Hati saya rindu
    🙂🙂🙂🙂


    Mesti ada ramai orang yang suka kan nature kan? Sukakan alam semulajadi... Keunikkan dan keasliannya...

    I love it.... Really... I love everything about nature.

    Dan sebab itu juga kenapa mommy kekal dengan Shaklee, itu kerana keasliannya, keunikkannya, dan juga keberkesanannya.

    But pure things, takes time... Like a pure love... Those who already have it, will know it.. But those who haven't, all they need is to be patient.

    And that is why, i love shaklee as much as i love nature. 😍

    Dari skincare Shaklee yang baru sahaja release, iaitu YOUTH SKINCARE sehinggalah ke vitamin dan juga produk household yang berasakan bahan semulajadi membuatkan mommy sukar untuk terpisah daripada Shaklee.

    Jika di imbas kembali pada zaman dahulu alam semulajadi banyak membantu manusia untuk sihat dan tak lupa juga supaya kita kekal kelihatan muda. Awet muda gitew. Namun pada zaman kini, berapa banyakkah orang yang rajin mengamalkan pemakanan sihat seperti orang zaman dahulu?

    Dan kerana itulah wujudnya Shaklee yang membantu orang untuk terus sihat. Dengan menghasilkan produk yang di bahannya di ambil dari bahan semulajadi. Salah satunya ialah produk penjagaan wajah terbaru yang di keluarkan oleh Shaklee iaitu YOUTH.

    SKINCARE TERBAIK UNTUK KEKAL AWET MUDA

    So mommy sangat menyarankan orang di luar sana untuk cuba mengenali produk Shaklee dengan mencuba beberapa produknya sebagai alternatif untuk kekal sihat. Terutamanya anak-anak muda yang banyak terdedah dengan gaya hidup kurang sihat. Once you try it and get the Shaklee effect, you gonna love Shaklee as much as i do.

    Till then... Stay healthy dear.

    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh

    Wednesday 7 March 2018

    Testimoni Set Penjagaan Kulit Youth Shaklee

    Pada tahun 2017,
    Ramai orang merasakan kehilangan; setelah Shaklee mengumumkan pemberhentian pengeluaran produk penjagaan kulit Nutriwhite dan Enfuselle.

    Ramai yang tertanya-tanya, apakah produk skincare shaklee yang terbaru? Then Shaklee bawa masuk YOUTH SHAKLEE di dalam pasaran di dunia ni.

    Namun ramai juga yang tertanya-tanya seberapa berkesankah produk skincare yang terbaru?

    Well dear readers,
    Produk skincare terbaru ini ialah salah satu produk yang telah terbukti secara klinikal. Bukan setakat setahun di uji tapi 8 tahun dan paling penting, produk ini tidak di uji ke atas haiwan tapi ke atas kulit manusia sendiri.

    Jom tengok testimoni mereka yang mengalami perubahan setelah menggunakan produk YOUTH SKINCARE ini.





    Mesti anda semua perasan testimoni lebih kepada orang barat kan? Ini kerana mereka lebih dahulu menggunakan skincare YOUTH ini berbanding negara lain.

    Manakala YOUTH shaklee baru sahaja launch dipasaran pada awal March 2018. So kena guna gambar yang ada la, ye tak? 😊😊😊

    Okay la, jika anda berminat untuk dapatkan produk skincare ini anda boleh beli secara online dengan klik pada gambar di bawah ini.


    Dan anda boleh dapatkan khidmat konsultasi, melalui nombor whatsapp saya ini.


    Luv,
    Mommy Olundus
    Dionz Goh.

    10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

    Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...