Tuesday 30 January 2018

KULIT JADI CANTIK DENGAN MENGAMALKAN BUAH INI

Hai...

Kali ini Mommy nak kongsikan kat anda semua tentang buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui buah apa yang tinggi Vitamin C nya selain daripada buah oren. Bila ditanya sahaja sudah tentu buah oren adalah jawapan utama. Ya kan? Hehehe. Dahulunya Mommy pun begitu juga. So don't worry about it because right now you gonna know 6 types of fruit that contains a lot of vitamin C. 

1. BUAH JAMBU BATU


Mesti anda terkejut kan? Tapi buat pengetahuan anda semua buah jambu batu ini mempunyai Vitamin C dua kali lebih tinggi daripada buah oren. Ianya bagus untuk merawat masalah yang berkaitan dengan perut. Tapi jangan terover makan pula yaa 😎


2. BUAH KIWI

Seperti buah jambu batu, buah kiwi juga mempunyai vitamin C dua kali lebih banyak berbanding buah oren. Bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah buah kiwi juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Kalium, dan juga Magnesium.


3. BUAH OREN

Vitamin C dan buah Oren berpisah tiada. Setiap kali di tanya buah apakah yang ada Vitamin C, pasti jawapan utama ialah buah Oren. Kan? Buah oren mengandungi banyak khasiat seperti antioksidan, vitamin, folat, serat, dan juga mineral yang di perlukan badan kita setiap hari. So amalkan pengambilan buah oren okay.


 4. BUAH BETIK

Seperti yang diketahui ramai buah betik sangat bagus untuk sistem pencernaan. Namun banyak yang tidak tahu buah betik juga kaya dengan Vitamin C. So sesiapa yang nak detoks tu memang sesuai sangat amalkan buah betik.


5. BUAH DURIAN BELANDA

Haa yang ni, banyak muda mudi tak tahu buah ni. Salah satu favourite fruit Mommy. Kalau anda nak tahu sebenarnya buah durian belanda ni merupakan buah yang bertindak sebagai agen antioksidan, untuk kekebalan tubuh dan juga melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah ini juga mengandungi fosforus dan juga kalsium so amalkan la yaa buah durian belanda ini untuk elakkan daripada masalah osteoporosis.


6. BUAH ANGGUR

Buah anggur juga antara buah yang tinggi Vitamin C dan oleh sebab itu lah buah anggur kaya dengan serat, zat besi, kalium, dan tinggi dengan anti oksidan. No wonder lah buah anggur menjadi pilihan utama sebagai bahan untuk vivix.

So anda bolehlah mengamalkan buah-buahan ini untuk pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C.

Dan jika anda nak cari suplement yang lengkap dengan Vitamin C, boleh klik disini.

Ok lah sekian perkongsian dari Mommy. Jom cantik bermula dengan pengambilan buah harian anda.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Monday 29 January 2018

Vitamin C untuk kecantikkan, betul kah?

Hai....

Mommy nak kongsi tentang vitamin C untuk kecantikkan.

Banyak penjual di luar sana yang claimed bahawa untuk jadi cantik, skin care adalah keutamaan. Is it true?

Pada mommy, tidak. Kenapa? Jika kita lihat zaman nenek moyang kita dahulu, skin care itu tidak wujud. Tapi bagaimana mereka kekal kelihatan cantik malah awet muda lagi? Tubuh badan juga sihat. Why?

Kerana pemakanan mereka semuanya lengkap dengan nutrisi dan lebih banyak nutrisi yang membantu untuk trigger sel dalaman badan untuk lebih cantik dan sihat.

Mommy ada seorang kawan masa kat University dulu, dia bagi mommy tengok gambar nenek dan mak dia. Nenek dia ni berasal dari pedalaman sumatera indonesia, tinggal nun jauh di atas bukit dan jauh dari bandar. Mak dia macam biasa, kawin dengan orang bandar dan menetap kat bandar. Mommy tersalah teka yang nenek dia tu ialah Mak dia dan Mak dia tu adalah Nenek dia. Sentap juga Mommy masa tu takut kawan marah tapi dia gelak kat Mommy dan beritahu itu Nenek dan Mak dia. Mommy tanya mengapa itu boleh terjadi? Nenek kelihatan lagi muda daripada Mak dia? Jawapan dia mudah jak, sebab nenek dia tak makan makanan berminyak. Makanan semua collect dari hutan. Yela jauh dari bandar kan pastu atas bukit lagi. Mak dia jadi kelihatan lebih tua kerana semuanya dia telan. Jangan kata berminyak, manis-manis segala, McD, PizzaHut, KFC, Borenos...Semuanya masuk.. Masa tu baru lah Mommy tersedar bahawa pemakanan juga bantu untuk kelihatan muda dan cantik. Forget to mention Nenek dia putih gebu tanpa skin care dan bedak yaaa. Mak dia, errrr... No komen. Hehehe

Tapi......

Bagaimana pula mereka yang berada di bandar dan jauh daripada sayuran fresh dan sihat seperti yang ada kat dalam hutan tu? Kamu sanggup kah redah hutan semata-mata untuk dapatkan sayur supaya jadi cantik? Mommy jujur memang tak sanggup, yela dah la tinggal jauh dari hutan.

That is why mengapa Shaklee menciptakan Vitamin untuk mereka yang ingin melengkapkan nutrisi di dalam tubuh. Tahukah anda bahawa setiap kali kita masak sayur menggunakan minyak masak, nutrisi yang ada di dalam sayur itu sebenarnya berkurang. Oleh sebab itu lah mengapa kita perlukan vitamin untuk lengkapkan nutrisi dalam badan.

Salah satunya ialah vitamin c. Shaklee mengeluarkan produk vitamin c yang di kenali sebagai Sustained Released Vita C Plus.

Tahukah Anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Sustained Release Vita C Plus Shaklee

Apa istimewanya Vitamin C Shaklee ini?

Sustained Release Vita C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Lebih menarik tentang SR Vita C Plus...

1. Bantu menghasilkan kolagen di dalam badan.
2. Bantu kulit kelihatan lebih cantik dan sekata.
3. Sebotol penggunaan sehingga 6 bulan.
4. Bantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Dan banyak lagi.....



Testimoni Sustained Released Vita C Plus Shaklee.



Mommy nak share muka mommy dulu la. Muka sewaktu konsisten dengan SR Vita C Plus dan waktu tidak konsisten. Tak konsisten sebab asyik terlupa nak makan. Pasni insaf, Mommy nak kulit wajah yang halus mulus seperti dahulu. Hehehe. Skin care sama barangan makeup sama. Nampak tak? Cover bedak pun tetap tak cantik kan. Geram mommy. Hahaha.

So nasihat mommy, kecantikkan itu tidak kekal jika kita tidak menjaganya dengan baik. Tapi cara jaga bukan hanya dari luaran sahaja yaa, kita perlu jaga dari dalaman juga.

Sini mommy kongsikan video tentang apa lagi keistimewaan Vita C Plus ni dalam membantu penjagaan kulit Mommy.


So kalau anda berminat untuk dapatkan Sustained Released Vita C Plus Shaklee ni, boleh dapatkannya di sini.


Atau terus hubungi Mommy di link whatsapp Mommy; http://dionzgoh.wasap.my


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Friday 26 January 2018

Salah pilih produk penjagaan kulit, kembalikan kejelitaan bersama YOUTH Shaklee.

Hai...

Hari ini mommy nak kongsikan tentang produk skin care pula...

Seperti yang kita tahu berita tentang salah pilih produk skincare membawa kepada bahana kulit wajah. Di sini sana keluar berita tentang berita hangatnya.. Ada pula berita bahawa pengasas produk skin care meninggal akibat penggunaan produknya sendiri yang mempunyai merkuri sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah.

Jom lihat mereka yang tersalah pilih produk sehingga menyebabkan bahana kepada mereka.




Disebabkan perkara seperti ini, kesedaran orang ramai semakin terbuka. Oleh sebab itu pemilihan untuk produk skin care haruslah dipilih dengan lebih baik.

So mommy nak share produk Skincare yang dijamin halal, selamat, dan semulajadi. Ianya ialah Shaklee Skin care YOUTH.

YOUTH Skin Care terdiri daripada 6 jenis produk utama, iaitu;

1. Luminous Gel Oil Cleanser (pencuci muka)
2. Perfecting Skin Toner (Penyegar)
3. Age Defense Moisturizer SPF 50 (pelembab & sun block)
4. Advance Renewal Night Cream (pelembab & krim malam)
5. YOUTH Activating Serum (Serum)
6. Radiance C + E (pencerah & pemudar bekas parut, jerawat, garis penuaan)


Luminous Gel Oil Cleanser (pencuci muka)

Perfecting Skin Toner (Penyegar)

Age Defense Moisturizer SPF 50

Advance Renewal Night Cream (pelembab & krim malam)

YOUTH Activating Serum (Serum)

Radiance C + E (pencerah & pemudar bekas parut, jerawat, garis penuaan)

Best kan?

Tapi.... Barang baik harus disertakan juga apa bahan-bahan produk kan?

Apakah bahan-bahan yang menjadikan produk skin care YOUTH ini menjadi igauan?

1. Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

2. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.

3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.

4. Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.

5. Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.


Jom lihat mereka yang dah menggunakan produk Skincare YOUTH ini;





Kenapa semuanya orang barat? Sebab mereka dah dahulu guna dan merasakan kehebatan produk YOUTH Skincare. Hihihi.

Guru kelas kecantikan mommy kata setiap produk berkesan dengan cara penggunaannya. So kalau anda nak tahu cara betul penggunaan produk skincare YOUTH, boleh klik di sini.

So mommy nak nasihat, pilihlah produk yang selamat dan dijamin berkualiti untuk kebaikan diri anda. 😉

Kalau anda nak cari dan order produk YOUTH Skincare ini, boleh terus hubungi mommy yaa.

Atau terus ke link ini, http://dionzgoh.wasap.my

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Wednesday 24 January 2018

Langkah Membersihkan Wajah Dengan Betul dan Penggunaan Produk Yang Betul

Hai....

Hari ini mommy nak kongsi tentang bagaimana nak membersihkan wajah dengan betul dan penggunaan produk yang betul. Ada sesetengah orang rasa dah guna produk yang betul tapi bila cek balik, ada beberapa produk yang tiada dalam penjagaan wajah seharian. Jadi sambil baca ni sambil-sambil lah tenung produk skin care kamu yaa samaada ada dalam list kamu atau tiada. Hehehe

1. Tanggalkan sisa makeup sebelum membersihkan muka

Ada sesetengah orang suka heavy makeup, ada pula suka simple-simple saja, dan ada pula yang tak pakai makeup lansung. Tapi still perlu bersihkan sebelum mencuci muka. Iaitu menggunakan Makeup Remover (Penanggal Makeup).


Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa yang tidak bermekap tetap perlu menggunakan Makeup Remover. Sebenarnya Makeup Remover bukan sahaja untuk membersihkan makeup tapi juga membersihkan kotoran yang bertempek di atas kulit muka kita seperti habuk. Sememangnya kita akan nampak kulit kita bersih sahaja, tapi cuba bersihkan dahulu guna Makeup Remover dan lihatlah habuk atau kotoran halus yang melekat di kulit wajah anda. Kalau macam mommy ni yang minat nak makeup, lagilah harus dan wajib mempunyai Makeup Remover.


2. Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan jenis kulit anda

Kulit mommy ni jenis kombinasi so mommy pilih skin care yang sesuai dengan jenis kulit mommy. So nasihat mommy, ketahui jenis kulit anda sebelum membeli produk skincare.

     a. Jika kulit anda mempunyai masalah kulit kering, anda haruslah menggunakan produk yang berasaskan minyak
     b. Bagi anda yang berkulit kombinasi atau berminyak di kawasan T-Zone, anda harus memilih produk yang berasaskan minyak atau pun bebas minyak.
     c. Jika anda mempunyai kulit normal, gunakan produk yang berasaskan minyak.
     d. Dan bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda haruslah menggunakan produk yang bebas minyak.


3. Toner (Penyegar Kulit Wajah)

Terdapat dua cara untuk gunakan toner. Pertama menggunakan kapas muka. Titiskan sedikit toner di atas kapas dan sapu ke muka secara menaik ke atas. Atau jika anda menggunakan toner jenis spray, spray ke muka dan dap dap muka menggunakan jari.


4. Moisturizer (Pelembab)

Selepas toner yang di sapu kering, sapukan kulit wajah dengan pelembab kulit. Ada sesetengah jenama produk yang membahagikan pelembab kulit kepada dua iaitu untuk malam dan juga siang. Biasanya pelembab siang lebih kurang kepekatannya dan mempunyai campuran Sunblock untuk menghalang kulit anda daripada sinaran UV. Manakala pelembab malam pula lebih pekat teksturnya dan lebih sesuai untuk memperbaiki kulit yang seharian telah terkena sinaran UV. Dan ada juga sesetengah produk yang tidak membahagikan kepada dua. Tapi mommy nak suggest lebih baik beli yang di bahagikan siang dan malam supaya jimat la pelembab kamu kan.. hihihi.. Yela kalau guna satu jak, cepatlah habis.

Pelembab siang


 Pelembab Malam

5. Serum

Tidak semua orang tahu bahawa serum itu bagus untuk kulit. Serum bagus untuk memperbaiki masalah kulit contohnya mengecutkan jerawat, dan memudarkan jeragat.


atau jika anda ada krim vitamin seperti di bawah ini, anda boleh gunakan setelah menggunakan serum. Esok-esok flawless giteww..


TIPS;

1. Elakkan bahagian mata terkena produk.
2. Bersihkan wajah dua kali sehari.
3. Cuci muka menggunakan air sejuk ataupun air suam
4. Gunakan span pencuci muka untuk bersihkan sabun.
5. Gunakan scrub muka dan mask muka 3 kali seminggu.

Di sini mommy nak kongsi video cara-cara cuci yang betul.... Tengok betul-betul yaa.


Sekian sahaja perkongsian dari mommy.



Luv,
Mommy Olundus
Dionz GOH

Monday 22 January 2018

SET GASTRIK SHAKLEE: ATASI GASTRIK SEMUDAH 123 DAN PANTAS

Hai....

Hari ini mommy nak kongsi tentang gastrik. Dahulu mommy ni salah seorang pesakit gastrik yang agak teruk. Segalanya bermula ketika mommy berumur 15  tahun. Masa tu mommy selalu sibuk dengan sekolah dan latihan Taekwando. Pagi ke sekolah, balik rumah tukar pakaian, dan terus jalan ke latihan Taekwando sehingga ke malam. Masa makan tu memang tak tentu sehingga lah mommy di serang gastrik dan ianya berterusan sehingga lah ke menara gading. Ketika di University mommy sampai pengsan - pengsan lagi.

Mommy laluinya semua tu sehingga lah mommy pregnant anak kedua. Sebenarnya mommy dah lama kenal dengan Shaklee masa tu cuma masa tu mommy tak peduli sangat produk untuk diri sendiri sebab mula kenal Shaklee pun kerana nak cari suplement untuk anak pertama. Ketika pregnant second baby tu baru la terfikir nak amalkan suplemen untuk baby dalam rahim.

Ketika pregnant second baby, mommy amalkan Set Hamil Shaklee dan salah satu kesan yang mommy perasan pada diri mommy ialah mommy dah tak pernah alami masalah gastrik tu. Seingat mommy ketika pregnant anak first tu mommy tetap juga alami gastrik so agak mustahil pregnant membuatkan mommy tak alami gastrik. Apa pun mommy gembira sebab bestnya rasa  tak lalui gastrik lagi.

So mommy tak nak happy sendiri, mommy nak share juga kat kamu produk Shaklee yang membantu mommy bebas gastrik sehinggalah ke hari ini.

Jeng Jeng Jeng.....



Inilah dia... Set Gastrik Shaklee yang terdiri daripada ESP, Peppermint Ginger Plus, dan Ostematrix.

KEBAIKAN SET GASTRIK SHAKLEE

ESP - Kalau macam mommy ni gastrik dah teruk memang wajib sangat ambil ESP sebab ESP ni bantu untuk membaiki luka-luka dan sel dalam perut mommy. Luka tu tak boleh di anggap remeh tau   sebab kesan jangka masa panjang boleh sampai menyebabkan kanser usus. Nasib baiklah mommy ni bertemu dengan ESP.

Peppermint Ginger Plus - Bila dah gastrik tu memang tak lari lah perut masuk angin kan. Apa lagi bila lewat-lewat makan, memang pasti banyak angin sampai boleh buat sakit pedih ulu hati tu. So ini la gunanya Peppermint Ginger Plus ni, ia membantu untuk keluarkan angin dalam perut dan usus sekaligus bantu atasi masalah pedih ulu hati tu.

Ostematrix - Sangat di sarankan dalam set ini sebab ia membantu untuk meneutralkan asid dalam perut tu. Oleh sebab itulah mengapa bila di serang gastrik, rasa nak muntah, rasa di leher tu macam tertelan cuka. Rasa masam pun ada, rupanya asid dah bertindak kat dalam perut.


Sekarang mommy dah tak ingat lagi macam mana perasaan di serang gastrik tu. Dah bebas gastrik kan. Hihihi. 

So kalau kamu nak atasi masalah gastrik juga, boleh dapatkan Set Gastrik Shaklee ini dengan mommy yaa. 



Jika kamu nak dapatkan Set Gastrik Shaklee secara online, boleh beli di sini.


Dan dapatkan konsultasi percuma (khas untuk pelanggan) daripada saya melalui nombor saya. 

Anda juga boleh terus ke link whatsapp mommy ini http://dionzgoh.wasap.my .

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...