Tuesday 30 January 2018

KULIT JADI CANTIK DENGAN MENGAMALKAN BUAH INI

Hai...

Kali ini Mommy nak kongsikan kat anda semua tentang buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui buah apa yang tinggi Vitamin C nya selain daripada buah oren. Bila ditanya sahaja sudah tentu buah oren adalah jawapan utama. Ya kan? Hehehe. Dahulunya Mommy pun begitu juga. So don't worry about it because right now you gonna know 6 types of fruit that contains a lot of vitamin C. 

1. BUAH JAMBU BATU


Mesti anda terkejut kan? Tapi buat pengetahuan anda semua buah jambu batu ini mempunyai Vitamin C dua kali lebih tinggi daripada buah oren. Ianya bagus untuk merawat masalah yang berkaitan dengan perut. Tapi jangan terover makan pula yaa 😎


2. BUAH KIWI

Seperti buah jambu batu, buah kiwi juga mempunyai vitamin C dua kali lebih banyak berbanding buah oren. Bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah buah kiwi juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Kalium, dan juga Magnesium.


3. BUAH OREN

Vitamin C dan buah Oren berpisah tiada. Setiap kali di tanya buah apakah yang ada Vitamin C, pasti jawapan utama ialah buah Oren. Kan? Buah oren mengandungi banyak khasiat seperti antioksidan, vitamin, folat, serat, dan juga mineral yang di perlukan badan kita setiap hari. So amalkan pengambilan buah oren okay.


 4. BUAH BETIK

Seperti yang diketahui ramai buah betik sangat bagus untuk sistem pencernaan. Namun banyak yang tidak tahu buah betik juga kaya dengan Vitamin C. So sesiapa yang nak detoks tu memang sesuai sangat amalkan buah betik.


5. BUAH DURIAN BELANDA

Haa yang ni, banyak muda mudi tak tahu buah ni. Salah satu favourite fruit Mommy. Kalau anda nak tahu sebenarnya buah durian belanda ni merupakan buah yang bertindak sebagai agen antioksidan, untuk kekebalan tubuh dan juga melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah ini juga mengandungi fosforus dan juga kalsium so amalkan la yaa buah durian belanda ini untuk elakkan daripada masalah osteoporosis.


6. BUAH ANGGUR

Buah anggur juga antara buah yang tinggi Vitamin C dan oleh sebab itu lah buah anggur kaya dengan serat, zat besi, kalium, dan tinggi dengan anti oksidan. No wonder lah buah anggur menjadi pilihan utama sebagai bahan untuk vivix.

So anda bolehlah mengamalkan buah-buahan ini untuk pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C.

Dan jika anda nak cari suplement yang lengkap dengan Vitamin C, boleh klik disini.

Ok lah sekian perkongsian dari Mommy. Jom cantik bermula dengan pengambilan buah harian anda.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

7 comments:

  1. Wow! Tq info, mau rajin la ni makan ni buah. 😍

    ReplyDelete
  2. Buah2 ni mmg antioksida. Bagus untuk kulit.

    ReplyDelete
  3. semua fevret saya 😍

    ReplyDelete
  4. best ow dpt makan buah yang sedap2 rasa sambil menikmati khasiat dia..

    ReplyDelete
  5. Buah yg high antioksidan mmg bantu kulit jadi lebih cantik 😍

    ReplyDelete
  6. Biar betul. Buah kegemaran ni

    ReplyDelete

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...