Wednesday 24 January 2018

Langkah Membersihkan Wajah Dengan Betul dan Penggunaan Produk Yang Betul

Hai....

Hari ini mommy nak kongsi tentang bagaimana nak membersihkan wajah dengan betul dan penggunaan produk yang betul. Ada sesetengah orang rasa dah guna produk yang betul tapi bila cek balik, ada beberapa produk yang tiada dalam penjagaan wajah seharian. Jadi sambil baca ni sambil-sambil lah tenung produk skin care kamu yaa samaada ada dalam list kamu atau tiada. Hehehe

1. Tanggalkan sisa makeup sebelum membersihkan muka

Ada sesetengah orang suka heavy makeup, ada pula suka simple-simple saja, dan ada pula yang tak pakai makeup lansung. Tapi still perlu bersihkan sebelum mencuci muka. Iaitu menggunakan Makeup Remover (Penanggal Makeup).


Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa yang tidak bermekap tetap perlu menggunakan Makeup Remover. Sebenarnya Makeup Remover bukan sahaja untuk membersihkan makeup tapi juga membersihkan kotoran yang bertempek di atas kulit muka kita seperti habuk. Sememangnya kita akan nampak kulit kita bersih sahaja, tapi cuba bersihkan dahulu guna Makeup Remover dan lihatlah habuk atau kotoran halus yang melekat di kulit wajah anda. Kalau macam mommy ni yang minat nak makeup, lagilah harus dan wajib mempunyai Makeup Remover.


2. Gunakan pembersih yang bersesuaian dengan jenis kulit anda

Kulit mommy ni jenis kombinasi so mommy pilih skin care yang sesuai dengan jenis kulit mommy. So nasihat mommy, ketahui jenis kulit anda sebelum membeli produk skincare.

     a. Jika kulit anda mempunyai masalah kulit kering, anda haruslah menggunakan produk yang berasaskan minyak
     b. Bagi anda yang berkulit kombinasi atau berminyak di kawasan T-Zone, anda harus memilih produk yang berasaskan minyak atau pun bebas minyak.
     c. Jika anda mempunyai kulit normal, gunakan produk yang berasaskan minyak.
     d. Dan bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, anda haruslah menggunakan produk yang bebas minyak.


3. Toner (Penyegar Kulit Wajah)

Terdapat dua cara untuk gunakan toner. Pertama menggunakan kapas muka. Titiskan sedikit toner di atas kapas dan sapu ke muka secara menaik ke atas. Atau jika anda menggunakan toner jenis spray, spray ke muka dan dap dap muka menggunakan jari.


4. Moisturizer (Pelembab)

Selepas toner yang di sapu kering, sapukan kulit wajah dengan pelembab kulit. Ada sesetengah jenama produk yang membahagikan pelembab kulit kepada dua iaitu untuk malam dan juga siang. Biasanya pelembab siang lebih kurang kepekatannya dan mempunyai campuran Sunblock untuk menghalang kulit anda daripada sinaran UV. Manakala pelembab malam pula lebih pekat teksturnya dan lebih sesuai untuk memperbaiki kulit yang seharian telah terkena sinaran UV. Dan ada juga sesetengah produk yang tidak membahagikan kepada dua. Tapi mommy nak suggest lebih baik beli yang di bahagikan siang dan malam supaya jimat la pelembab kamu kan.. hihihi.. Yela kalau guna satu jak, cepatlah habis.

Pelembab siang


 Pelembab Malam

5. Serum

Tidak semua orang tahu bahawa serum itu bagus untuk kulit. Serum bagus untuk memperbaiki masalah kulit contohnya mengecutkan jerawat, dan memudarkan jeragat.


atau jika anda ada krim vitamin seperti di bawah ini, anda boleh gunakan setelah menggunakan serum. Esok-esok flawless giteww..


TIPS;

1. Elakkan bahagian mata terkena produk.
2. Bersihkan wajah dua kali sehari.
3. Cuci muka menggunakan air sejuk ataupun air suam
4. Gunakan span pencuci muka untuk bersihkan sabun.
5. Gunakan scrub muka dan mask muka 3 kali seminggu.

Di sini mommy nak kongsi video cara-cara cuci yang betul.... Tengok betul-betul yaa.


Sekian sahaja perkongsian dari mommy.



Luv,
Mommy Olundus
Dionz GOH

No comments:

Post a Comment

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...