Wednesday, 7 February 2018

Sembelit? Usahakan dengan makanan semulajadi ini.

Hai....

Hari ini Mommy nak kongsikan kepada kamu makanan yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit.

1. Betik

Sejak Mommy kecil lagi memang Mommy dah dimaklumkan oleh nenek dan mak Mommy betik ini memang bagus untuk masalah sembelit. Ini kerana betik kaya dengan Vitamin C dan mempunyai serat yang tinggi untuk melawaskan perut yang ada masalah sembelit.

2. Timun

Ni banyak yang tak tau tapi sebenarnya Timun ni sangat kaya dengan mineral. Kalau hari-hari makan timun, memang sembelit pun tak sempat nak bertandang.

3. Pisang

Siapa tak kenal pisang kaya dengat khasiatnya kan. Pisang bukan sahaja baik untuk usus malah bantu elakkan masalah sembelit terjadi.

4. Ciku

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit teruk boleh try buah ciku. Hancurkan sehingga lumat dan amalkan setiap pagi dan petang.

5. Lobak Merah

Lobak merah. Kalau boleh dapat Lobak Ungu lebih baik. Ini kerana lobak mempunyai kandungan polifenol yang baik untuk sembuhkan luka-luka dalaman. So amalkan lobak merah yaa bagi mereka yang ada masalah sembelit tu.

Ok lah rasanya ini sahaja Mommy nak kongsikan untuk kamu.

By the way Mommy ada buat entry tentang suplemen yang boleh anda amalkan sebagai alternatif untuk atasi masalah sembelit ni. Boleh lihat di sini, klik sini.


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

8 comments:

  1. Tq tips! Saya selalu makan pisang kalau sembelit ahha

    ReplyDelete
  2. Kalau sy sembelit, buah naga laa sy hentamm.. 😂

    ReplyDelete
  3. Selalu sy ambil pisang sama betik . Memang Sangat membantu lawas terus.

    ReplyDelete

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...