Monday, 5 March 2018

Cantik bersama Set Kecantikkan Shaklee.

Semua orang inginkan kulit yang cantik.. Betul tak? Bukan hanya wanita malah lelaki juga. Tidak ada seorang pun yang ingin menghadapi masalah kulit terutamanya bahagian wajah. Jerawat, jeragat, parut, perubahan warna kulit... Semuanya harus di elakkan. Dan pada mereka yang mengalaminya mesti merasakan tekanannya.

Mommy nak kongsikan kat anda bahawa tidak ada seorang pun yang tidak mengalami masalah itu kerana itu semua berkait rapat dengan pemakanan, kehidupan harian, dan kebersihan kita.

So apa yang kita mampu lakukan ialah; elakkan dan merawat. Namun mampukah kita semua mengelak? Contohnya jika kita berkerja di tempat yang panas, dapatkah kita elakkan diri daripada menjadi gelap? Tidak. Tapi apa yang mommy dapat terangkan ialah, kita mampu mengurangkan risiko masalah kulit terutamanya bahagian wajah. Iaitu dengan mengamalkan penggunaan produk dan pengambilan produk.

1. YOUTH Skincare


YOUTH Skincare ialah produk skincare terbaru Shaklee di dalam pasaran Malaysia selepas Nutriwhite dan Enfuselle di tamatkan pengeluarannya.

YOUTH Shaklee Skincare Selamat dan Terbaik di Malaysia.

Terdiri daripada 6 jenis produk utama, iaitu;

1. Luminous Gel Oil Cleanser (pencuci muka)
2. Perfecting Skin Toner (Penyegar)
3. Age Defense Moisturizer SPF 50 (pelembab & sun block)
4. Advance Renewal Night Cream (pelembab & krim malam)
5. YOUTH Activating Serum (Serum)
6. Radiance C + E (pencerah & pemudar bekas parut, jerawat, garis penuaan)

2. Sustainable Released Vita C Plus


Selain produk skincare, kita juga perlu menjaga kulit kita secara dalaman. Kenapa Vitamin C? Kerana vitamin c merupakan vitamin yang bantu untuk meransang penghasilan kolagen di dalam tubuh agar setiap kerosakkan yang berlaku pada kulit kita dapat dipulihkan lebih cepat. That's why kenapa haiwan bila luka, luka mereka cepat sembuh. Itu kerana tubuh binatang mampu menghasilkan vitamin c manakala manusia pula tidak, dan oleh sebab itu manusia memerlukan vitamin c melalui sayur-sayuran, buah-buahan, dan juga dari suplemen.

Apa yang menarik tentang Vita C Shaklee? Vita C Shaklee mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

3. Vita E Complex


Vita E sama kegunaannya seperti Vita C tapi apa yang lebih menarik tentang Vita E, ia membantu untuk mempercepatkan proses mencantikkan kulit dan sebagai pelindung kulit. Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit anda mudah terbakar (sunburn), berbanding kawan anda atau ahli keluarga anda? Dulu mommy pernah terfikir perkara yang sama dan mommy katakan pada diri mommy itu adalah kerana kulit kami berbeza. Tapi sebenarnya jawapan yang lebih tepat ialah adakah tubuh anda cukup dengan Vitamin E?

Vita E bertindak sebagai antioksida yang membantu untuk mengelakkan terjadinya kerosakkan pada sel-sel kulit anda. So jangan hairan jika anda kelihatan lebih muda daripada teman sebaya anda jika mengamalkan Vitamin E sebagai salah satu suplemen harian anda.

4. ESP (Energizing Soy Protein)


Kalau dah berparut gelap, kulit sunburn, kulit tona tak sekata. Wajiblah kita inginkan kulit yang cerah atau pun tona yang sekata. Ye tak? So ESP pilihan yang terbaik. Ini kerana ESP membantu untuk mencerahkan kulit unuk lebih cantik dan tona sekata.

Keistimewaan ESP Shaklee? Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).


Sudah tentu anda juga tidak ingin diri anda mengalami masalah yang sama, ye tak? Atau anda mengalami masalah seperti yang mommy mention kat atas tu? So apa tunggu lagi. Pilihan di tangan anda.

Dapatkan set kecantikkan Shaklee anda sekarang. Anda boleh beli melalui online dengan hanya semudah di hujung jari anda.


Dan dapatkan konsultasi khas daripada saya di nombor ini.



Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Friday, 2 March 2018

Cara mudah untuk dapatkan produk shaklee tanpa berada di branch atau HQ.

Hallo...

Hari ini mommy nak kongsikan alternative mommy beli produk shaklee tanpa pergi ke branch shaklee atau HQ Shaklee.

1) Website

Beli secara online. Selalunya berlaku di saat² closing. Barang selalunya akan dapat 3-4 hari selepas beli. Itu pun kalau tidak ada cuti public holiday yang menyebabkan perkhidmatan kurier bercuti. Segalanya hanya dihujung jari. Dengan adanya website, kad bank yang ada isi (kalau takda isi nak bayar pakai apa kan? Hehe). Tekan-tekan, pilih-pilih, klik bayar. Done! Dan mommy tunggu barang mommy tiba dalam pelukan mommy. 😂

2) Runner

Pilihan ini selalunya di gunakan oleh mommy. Cepat. Hari ini atur, hari ini atau esok dapat barang. Mudah. Runner tolong ambilkan kat branch, hantarkan ke terminal bas atau unser, walaaaaa.... Tunggu barang tiba, siap sampai ke rumah lagi. Kos sama jak macam postage. Tapi kalau branch tutup, takda maknanya nak guna runner. Yela dia nak ambik barang cemana kalau branch tutup, ye tak? Hahaha.

3) Kirim kat sesiapa yang boleh bantu dan boleh dipercayai.

Selalunya mommy minta bantuan upline mommy. Yela dia kan mak mommy, so dengan mak la kita minta bantu. Hehehe. KadangSy x pi masuk. Sado² bah dia punya jurujual. Sy takut sy xmo balik lg klu masuk. Kadang-kadang mommy minta bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan mommy juga.

Barang pasti akan tiba ke pangkuan mommy. Syukur mommy rasa dengan kemajuan yang ada sekarang, memudahkan urusan berniaga mommy. Kalau mommy dengar orang dulu-dulu berniaga; guna public phone, Naik bas, sendiri datang ke branch baru dapat beli. Mesti struggle.

Syukur.

Anyway thanks for reading.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Wednesday, 28 February 2018

Anakku bebas inhaler, terima kasih kepada produk ini.

Hai...

Sebelum ini mommy ada kongsikan tentang pengalaman mommy tentang inhaler dan bagaimana mommy tersenyum lebar daripada masalah inhaler.

Anak mommy Lexi yang sebelum ini di syorkan doktor untuk menggunakan inhaler kerana masalah asthma akhirnya doktor sendiri sahkan anak mommy bebas asthma.

So mommy nak share kebaikan setiap produk yang mommy berikan pada Lexi.


Antara produk Shaklee yang mommy berikan pada Lexi ialah Nutriferon, Omega Guard, dan Chewable Vita C Plus.

NUTRIFERON


Nutriferon adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh.

Nutriferon sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh. Selain itu, ia juga mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

OMEGA GUARD


Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia, ia terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

CHEWABLE VITA C PLUS

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Lexi yang kini seorang anak yang sihat dan bebas asma.

Jika anda mempunyai masalah yang sama dan mahu berikhtiar mencari jalan penyelesaian seperti mommy, bolehlah usahakan dengan produk-produk ini.

Kisah Lexi disahkan asma, boleh baca di sini. (Klik sini)

Mahu beli produk ini secara online? Beli di sini.


Dan dapatkan konsultasi berkesan dan terbaik melalui Whatsapp.

(klik gambar untuk terus ke link whatsapp)

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Monday, 26 February 2018

Kerana takutkan inhaler, hidup aku berubah.

January 2016
Merupakan bulan mommy banyak berubah. Ini semua terjadi bila anak mommy masuk wad tidak dapat bernafas dengan baik. Paru-paru anak mommy, Lexi masuk ke dalam. Tanpa perlu menggunakan stetoskop, doktor boleh dengar bunyi di dalam paru-paru Lexi.

Lexi cumalah seorang anak yang berumur 11 bulan ketika itu. Anak mommy di masukkan ke dalam wad untuk diberikan bantuan nebulizer setiap 6 jam. Dua hari Lexi berada dalam wad. Setelah dua hari, ianya tidak berhenti di sana. Apa yang yang mommy risaukan, ianya berterusan.

Doktor bagitahu mommy, jika ianya berterusan sehingga Lexi genap setahun maka Lexi akan terpaksa hidup dengan bantuan inhaler selamanya. Mommy jadi panik. Terasa langit jatuh atas kepala mommy. Di saat itu mommy berdoa pada Tuhan untuk bantu mommy dan ketika itu mommy buka FACEBOOK mommy, mommy terjumpa sharing salah seorang teman mommy; anaknya juga mengalami masalah yang sama.

Jadi mommy cuba untuk tanya dia, apa yang dia berikan pada anak dia dan apa perkembangan anaknya. Dia bagitahu mommy tentang produk Shaklee. Dan inilah produk yang membantunya dalam menangani masalah anaknya itu.

Set Asthma Kanak Kanak Shaklee
(Nutriferon, Omega Guard, Chewable Vita C Plus)

Pada mulanya mommy ragu-ragu sebab mahal. Tapi bila doktor bagitahu mommy untuk beli inhaler di sebuah klinik, mommy rasa sakit hati. Dan di situ mommy terfikir, adakah mommy mahu anak mommy sihat? Adakah duit lebih bermakna? So mommy pilih kesihatan anak mommy. Dan mommy hubungi sepupu mommy yang juga pengedar shaklee di daerah mommy.

Sepupu mommy ajar mommy macam mana hendak berikan kepada anak mommy dos yang bersesuaian. Pada bulan Februari 2016, anak mommy disahkan mempunyai asthma. Di waktu itu anak mommy sudah genap setahun. Tapi mommy berkeras tidak akan berikan inhaler dan pada waktu itu mommy minta keajaiban daripada Tuhan. Mommy teruskan set Shaklee yang mommy beli untuk anak mommy.

Pada awal April 2016, mommy diberitakan khabar gembira di mana anak mommy tidak lagi mempunyai masalah asthma. Dan seperti biasa mommy masih rasa tidak puas hati. Mommy tidak berhentikan pengambilan set vitamin shaklee itu, malah mommy decide untuk masuk member shaklee dan terus mengamalkan produk vitamin Shaklee.

Anak mommy, Lexi yang dahulunya mommy banyak pantangkan makanan (makanan pesakit asthma tidak harus makan); kini Lexi sudah boleh makan dan Thanks God Lexi kekal sihat dan bebas asthma.

Terima kasih Nutriferon
Terima kasih Chewable Vita C Plus
Terima kasih Omega Guard
Terima kasih SHAKLEE.


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Friday, 23 February 2018

Me being a teacher for the UPSR preparation.

Hai....

Hari nie mommy nak kongsi pasal aktiviti mommy. Actually mommy baru sahaja di lantik sebagai salah satu guru yang membantu pelajar untuk persediaan UPSR dalam subjek bahasa English.

Jawatan ini dilantik oleh sponsorship yang sponsor sekolah yang dipilih. Pada mulanya mommy ni nervous sangat-sangat. Yala kan nak ajar budak-budak. Hahaha.

Misi program ini ialah untuk menjadikan pelajar lebih confident untuk berdepan di khalayak ramai sambil bercakap dalam bahasa English. Selain itu melancarkan lagi pertuturan dalam bahasa English.

Dalam program ini, saya lebih banyak menggunakan pendekatan buat aktiviti seperti berlakon, buat aktiviti yang menarik, dan juga menyanyi. Salah satunya hari ini melakonkan dialog antara dua sahabat. Jadi saya pasangkan para pelajar dan mereka akan melakonkan dialog itu di hadapan teman sekelas secara bergilir-gilir.

Setelah itu, saya minta mereka baca karangan pendek tentang diri mereka sendiri.






Mommy bertugas di SK. Kituntul, Ranau


Nak tahu rahsia mommy sebelum attend kelas?

Mommy telan dua biji B-complex. Hahaha.

Ini lah sedikit perkongsian mommy tentang diri mommy.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Wednesday, 21 February 2018

10 tips turunkan berat badan dengan cepat dan sihat.

Hai...

Kali ini mommy nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006.

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

3. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

4. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

5. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

6. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

7. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

8. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

9. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

10. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Monday, 19 February 2018

Kurus dengan mudah dan tak memudaratkan diri

Hallo...

Masih lagi mommy di belenggu mood CNY. Hahaha. Makan sepuas hati. Alahai bertambahlah lemak-lemak degil. Di entry Mommy sebelum ini mommy ada kongsikan tips merayakan hari perayaan tanpa risau jadi gemuk.

So kali ini mommy nak kongsikan pula suplemen yang mommy amalkan untuk elakkan kegemukkan yang melampau dan bantu mommy singkirkan lemak yang tak diperlukan dalam tubuh.

1. Herblax

Suplemen yang bantu mommy singkirkan segala kerak-kerak dalam usus. Kadang-kadang ada sisa makanan yang degil nak bertempek kat dalam usus mommy, so herblax ni la banyak bantu keluarkannya. Masa first time makan, mommy bangun seawal jam5am mencari tandas. Tapi selepas membuang, mommy rasa ringan saja tubuh mommy. So bagi yang first time nak cuba kuruskan badan, herblax adalah sangat di syorkan.

2. Lecithin

Lecithin ni banyak membantu memecahkan lemak-lemak dari makanan yang sangat berlemak. Mommy ni food lover, so sememangnya food come first bila nampak makanan sedap. Hahaha. Tapi mommy tak risau, selain sebab lecithin ini ada.

3. Alfalfa

Perkara pertama kalau nak kurus, selalunya mommy akan nasihatkan untuk buat detox. Bukan setakat detox diri, malah detox seluruh tubuh juga. Untuk keluarkan segala toksin dalam tubuh. Tubuh yang banyak toksin menyukarkan kita untuk kuruskan badan, dan begitu juga untuk mereka yang nak naikkan badan.

4. ESP

Bila nak kurus, sudah tentu tenaga pun berkurang. Apatah lagi bila cut down sugar intake, so mommy ambil ESP sebagai sarapan mommy. Bukan setakat bertenaga, malah kenyang dari pagi sampai tengahari tanpa risau masalah gastrik.

5. CINCH SHAKE

kalau dah biasa makan malam tu sudah tentu tergugat jiwa nak mencari makanan waktu malam. Kan? Samalah dengan mommy tapi dengan Cinch Shake mommy tak risau lagi. Dah ada suplemen sebagai pengganti makan malam. High protein lagi. Kalau balik dari gym pastu minum cinch shake shaklee tu, pergghhhh. Nyaman. Mommy suka perisa caffe latte.

Itu jak yang mommy amalkan sebagai suplemen nak kurus mommy. Hehehe. Tapi mommy ada tips lain lagi selain amalkan suplemen.

So nak kurus? Boleh cari mommy. Mommy akan share tips rahsia mommy untuk uolls.

Rasanya setakat ini sahaja. Jika kamu berminat nak beli suplemen yang mommy amalkan tu, boleh la berhubung dengan mommy atau terus beli secara online melalui link e-sell ini.


Nak dapatkan tips rahsia khas untuk pelanggan mommy? Hubungi mommy di nombor ini. Whatsapp, Telegram, Call, Mesej.. Semuanya available.



Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Friday, 16 February 2018

Takut gemuk bila menyambut perayaan? Lihat sini jalan penyelesaiannya.

Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi Fa Cai

Hari ini mommy meraikan Tahun Baru Cina di rumah mentua mommy. Bestnya.
Puas makan. Tapi...... Makanan semuanya berdaging.

Lemak memanggil. Hahaha.

Tapi mommy tak risau, nanti sebelum tidur telan lecithin dan herblax. Confirm keluar semua lemak-lemak berlebihan.

So sini mommy nak share sikit macam mana nak meraikan perayaan tanpa memikirkan kegemukkan. Hihihi.

First,
Makan ikut keperluan perut. Boleh ambil semua lauk tapi pastikan dalam kuantiti yang perut boleh terima. Dengan cara ni boleh lah kamu merasa semua makanan tanpa segan silu. Hahaha. Dan ingat, jangan membazir. Beringatlah makanan yang anda buang itu boleh mengisi perut orang lain yang kelaparan.

Second,
Minum banyak air masak, kalau tiada mineral cup pun boleh. Memang sedap tengok air colourful tapi ingat.... Gula dalam minuman tu boleh buat selera anda semakin besar. So ingat-ingat la yaa.

Third,
Sebelum tidur makan suplemen yang bantu untuk elakkan lemak-lemak berkekalan dalam tubuh. Mommy makan herblax shaklee dan lecithin jer. Esok pagi confirm berkeluaran semua sisa yang tak diperlukan oleh tubuh.

Okay rasanya itu sahaja dari mommy. Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada warga cina. Semoga Tahun Baru ini membawa keberkatan yang melimpah ruah buat kita semua.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Wednesday, 14 February 2018

BComplex Shaklee; 6 tanda anda kekurangan Vitamin B

Hai...

Tahukah anda bahawa vitamin B penting untuk diri kita?

Kekurangan vitamin B dapat menyebabkan masalah kesihatan bagi tubuh, kerana vitamin B merupakan kunci utama dalam menjaga kesihatan sel dan membuat Anda tetap bertenaga.

Hari ini mommy nak kongsikan 6 tanda tubuh kekurangan Vitamin B.


1. Gejala kekurangan vitamin B1

Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan penyakit beri-beri dan sindrom Wernicke-Korsakoff bagi anda yang ketagihan dadah. Gejala awal yang timbul jika kekurangan vitamin B1 seperti mudah lemas, mudah tersinggung, gangguan daya ingatan, kehilangan nafsu makan, gangguan tidur, rasa tidak enak perut, dan penurunan berat badan.

2. Gejala kekurangan vitamin B2

Gejala kekurangan vitamin ini adalah mata merah, kulit bersisik, bibir pecah-pecah, infeksi mulut, hingga sensitif terhadap cahaya.

3. Gejala kekurangan vitamin B3

Gejala yang ditimbulkan jika kekurangan vitamin B3 adalah mengalami gangguan pencernaan, sariawan, kelelahan, muntah, depresi, malah jika terlampau parah menyebabkan penyakit pellagra iaitu keadaan kulit retak-retak yang mirip seperti terbakar sinar matahari, berkerak, dan bersisik yang disertai lepuh-lepuh halus.

4. Gejala kekurangan vitamin B6

Gejala yang ditimbulkan ketika kekurangan vitamin B6 adalah anemia, gangguan kulit seperti ruam, atau bibir pecah-pecah. Selain itu kekurangan vitamin B-6 menyebabkan depresi, kebingungan, mual, rentan terkena infeksi, hingga meningkatkan risiko kanser usus besar dan jenis kanser lainnya.

5. Gejala kekurangan vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia pada orang tua. Selain itu masalah psikologis seperti demensia, paranoia, depresi, dan masalah perilaku lainnya juga malah kerosakan saraf kadang-kadang tidak dapat dikembalikan. Gejala yang ditimbulkan apabila Anda kekurangan vitamin B12 adalah kesemutan di kaki dan tangan, kelelahan ekstrim, lesu, mudah marah, atau depresi.

6. Gejala kekurangan asam folat

Gejala kekurangan vitamin B ini adalah merasa kelelahan, sariawan, pertumbuhan tubuh yang buruk, dan lidah membengkak.



Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Monday, 12 February 2018

B-Complex Shaklee; suplemen pilihan buat setiap ibu.

Hai...

Hari ni mommy nak kongsikan tentang satu produk yang tak asing buat diri mommy. Iaitu B-Complex Shaklee. Mengapa ianya tak asing bagi mommy? Sebab ini merupakan suplemen yang mommy tak boleh kalau tidak ada. Wajib ambil. Salah satu sebab mengapa mommy kena ambil B-Complex ini ialah ia bantu mommy untuk tenangkan emosi mommy dan relakskan segala aliran tenaga dalam diri mommy.

Mana tak nya dengan anak yang sangat mencabar emosi, terpaksa la mommy ikhtiar untuk tenangkan diri. Hahaha. Kalau tak, hari-hari tinggi darah.


Mengapa B-Complex Shaklee?

Mommy pilih B-Complex Shaklee kerana Bcomplex Shaklee mempunyai 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Kebaikan B-Complex Shaklee?

Antaranya;

1. Mencegah masalah anemia dengan menghasilkan sel darah merah.
2. Menggalakkan perkembangan sel yang sihat.
3. Menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat.
4. Menguatkan antibodi badan.
5. Memberi tenaga.
6. Mengelakkan stress.
7. Menenangkan emosi.
8. Membantu fungsi saraf normal.
9. Membantu sintesis DNA.
10. Lengkap dengan Asid Folik.

Berapa lama penggunaan B-Complex Shaklee?

B-Complex Shaklee mempunyai sebanyak 120 biji dalam sebotol. Sesuai dengan cara pengambilan B-Complex sebiji sehari, sebotol B-Complex Shaklee tahan selama 4 bulan.

Pengalaman Mommy sendiri.....

Ini merupakan set kehamilan yang mommy amalkan; salah satunya ialah B-Complex.

Mommy mula kenal B-Complex Shaklee ini ketika mommy hamil anak ke-2. B-Complex ini merupakan salah satu suplemen di dalam Set Kehamilan Shaklee. Ketika di awal kehamilan mommy selalu stress dan sukar untuk tenangkan diri. Sehinggakan mommy kurang selera makan. Terkadang mommy cuma makan sekali sehari itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Ketika itu mommy amalkan B-complex sebagai salah satu suplemen. Syukur pada Tuhan bacaan HB mommy tidak drop under bacaan normal. Dan sepanjang kehamilan mommy, mommy tidak ambil vitamin yang klinik bagi sebab mommy bagitahu nurse yang mommy amalkan set kehamilan shaklee. Syukur, sehingga baby lahir bacaan HB mommy masih normal dan cantik malah B-Complex Shaklee ini membantu mommy di saat-saat menanti kelahiran baby mommy. Ia bantu mommy untuk lebih tenang, relaks, dan terima kasih ia memudahkan proses kelahiran baby mommy.

Berminat?

Anda boleh dapatkan B-Complex melalui pembelian online.


Atau;
Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya atau mendapatkan konsultasi secara eksklusif buat pelanggan saya.


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Friday, 9 February 2018

Kawal marah cara Mommy Olundus

Hai...

Kali ini mommy nak kongsi pula macam mana mommy kawal marah.

Hahaha. Mommy ni jenis pemarah dan garang. Terutamanya dengan budak-budak. Nakal sikit, siap!

Tapi sebenarnya mommy penat nak marah-marah. Apa lagi dengan anak mommy bila nakal. Rasa macam nak bertukar jadi monster pun ada. Kalau boleh tiap hari kena jadi tarzan.

Dan benda tu tak bagus untuk emosi mommy. Bila mommy marah, mesti migraine senang nak bertandang. Jantung pun berdegup kencang.

So ini lah yang mommy selalu amalkan....

1. Mengucap

Mommy bukan muslim, so cara mommy mengucap senang saja. Mommy baca doa singkat, berulang kali mommy baca. Mommy ni Roman Katolik so mommy baca doa "Salam Maria".

Salam Maria penuh rahmat, Tuhan sertamu
Terpujilah engkau diantara wanita
Dan terpujilah buah tubuhmu Yesus
Santa Maria bunda Allah,
Doakanlah kami yang berdosa ini
Sekarang dan sewaktu kami mati.

Mommy akan baca berulang kali dan berkesan dengan Mommy. Yang agama lain tu boleh la mengucap cara masing-masing yaa.

2. Minum air

Mommy memang praktiskan ni. Sekali minum time marah tu boleh habis 1.5liter air dengan sekali teguk saja. Orang putih kata, "One Go". Habis air tu memang mommy reda sikit.

3. Teriak sepuas hati

Cara mommy, cari satu lagu. Yang high note. Tak kisah la suara sumbang asalkan keluarkan suara. Nyanyi jak. Nak nyanyi sampai puas hati pun tak pa. Nak nyanyi sampai hilang suara pun boleh. Asalkan terlepas segalanya. Hihihi.

4. B-Complex

Sejak tahu B-Complex bantu redakan emosi, Mommy amalkan B-Complex. Kalau marah dah tahap dewa ke-7, telan dua biji terus. Hahaha. Nanti next entry Mommy share tentang B-Complex ni. 😎

Empat cara ni la selalu mommy praktikkan. Buat mommy lega. Tapi kalau memang dah tak tertahan, air mata suci juga la jawabnya. Hahaha.

So sesiapa yang rasa-rasa diri tu macam singa lapar selalu nak marah, boleh lah cuba cara Mommy ni. Mana la tahu kan kot-kot berkesan.

Ok lah rasanya itu jer perkongsian Mommy kali ini.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Wednesday, 7 February 2018

Sembelit? Usahakan dengan makanan semulajadi ini.

Hai....

Hari ini Mommy nak kongsikan kepada kamu makanan yang sesuai untuk mengatasi masalah sembelit.

1. Betik

Sejak Mommy kecil lagi memang Mommy dah dimaklumkan oleh nenek dan mak Mommy betik ini memang bagus untuk masalah sembelit. Ini kerana betik kaya dengan Vitamin C dan mempunyai serat yang tinggi untuk melawaskan perut yang ada masalah sembelit.

2. Timun

Ni banyak yang tak tau tapi sebenarnya Timun ni sangat kaya dengan mineral. Kalau hari-hari makan timun, memang sembelit pun tak sempat nak bertandang.

3. Pisang

Siapa tak kenal pisang kaya dengat khasiatnya kan. Pisang bukan sahaja baik untuk usus malah bantu elakkan masalah sembelit terjadi.

4. Ciku

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit teruk boleh try buah ciku. Hancurkan sehingga lumat dan amalkan setiap pagi dan petang.

5. Lobak Merah

Lobak merah. Kalau boleh dapat Lobak Ungu lebih baik. Ini kerana lobak mempunyai kandungan polifenol yang baik untuk sembuhkan luka-luka dalaman. So amalkan lobak merah yaa bagi mereka yang ada masalah sembelit tu.

Ok lah rasanya ini sahaja Mommy nak kongsikan untuk kamu.

By the way Mommy ada buat entry tentang suplemen yang boleh anda amalkan sebagai alternatif untuk atasi masalah sembelit ni. Boleh lihat di sini, klik sini.


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

Monday, 5 February 2018

Anak memilih makanan,nak buat apa? Mealshake boleh bantu.

Hallo...

Hari ini Mummy nak kongsikan dengan kamu tentang anak Mummy yang sangat memilih makanan. Dah tu bila makanan pun di pilih, anak Mummy pun mudah mengalami masalah sembelit. Bila anak Mummy merengek menangis meraung bila tak dapat berak, mulalah Mummy pun sakit kepala memikirkan apa yang patut di buat.

Tak sia-sia Mummy join member Shaklee, sebab dari Shaklee juga Mummy dapat info dan ilmu tentang salah satu produk Shaklee yang boleh membantu anak yang picky eater dan sekaligus nak cari jalan penyelesaian sembelit tu.


Mummy pun dapat tahu lah tentang Mealshake ini. Mealshake ini ialah salah satu sumber protein yang mempunyai vitamin dan mineral tambahan. Ia mengandungi asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan juga perlindungan.

MENGAPA MEALSHAKE?

1. Mengandungi nutrisi lengkap.

Mealshake Shaklee mengandungi 24 jenis vitamin. Ia juga mengandungi soya lecithin yang melarutkan lemak.

2. Bekalkan nutrien buat sel-sel

Seperti yang kita tahu protein ialah makanan buat sel-sel dalam tubuh. Mealshake ialah salah satu protein yang dihasilkan daripada soya tanpa laktosa di mana ianya membantu untuk pembentukan organ, sistem imunisasi dalam tubuh, dan juga bantu menghasilkan sel yang sihat untuk pertumbuhan.

3. Tumbesaran yang sihat

Mealshake Shaklee mengandungi asid folik, kalsium, magnesium, dan juga biotin untuk tumbesaran tulang. Sesuai untuk ibu hamil dan juga kanak-kanak.

Muka ada banyak happy bila minum Mealshake 😂

Suplemen kegemaran si Kakak Lexi

So jika anda ada anak yang picky eater, jangan risau. Mealshake kan hadooo. 😎


Luv,
Mummy Olundus
Dionz Goh

Friday, 2 February 2018

Tips untuk mendapatkan kulit sihat dan glowing.

Hai....

Hari ini mommy nak kongsikan ke kamu macam mana nak dapatkan kulit yang sihat dan glowing.

Follow jer 5 tips ini dan rasainya sendiri.

1. PEMILIHAN PRODUK SKIN CARE YANG BETUL

Mommy kulit kombinasi so Mommy biasanya akan pilih produk untuk kulit berminyak atau pun untuk kulit normal. Tahukah kamu jenis kulit kamu itu bagaimana? Kombinasi? Berminyak? Kering? Atau pun normal?

2. AMALKAN MINUM AIR YANG CUKUP ATAU LEBIH

Minum air lebih. At least 3 liter sehari. Tapi kena tengok berat badan juga yaa. 1 liter untuk 25kg. So kalau berat 50kg, at least kamu kena minum 2liter air. Tapi sebaiknya 3liter sehari. Amalan minum air yang banyak membantu untuk kulit lebih sihat. Bukan setakat kulit wajah malah seluruh tubuh.

3. AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN

Banyak yang tak tahu bahawa amalkan minyak ikan setiap hari bantu kulit kelihatan sihat. Mommy amalkan minyak ikan Omega Guard Shaklee. Kulit terus kelihatan glowing dan sihat kerana pengaliran darah ke seluruh tubuh lancar tanpa ada sekatan.

4. AMALKAN PENGAMBILAN VITAMIN C

Jangan tak tahu Vitamin C ini baik untuk kulit kerana ia membantu untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan. Kulit kita ini semakin hari akan semakin kurang kolagen dek kerana radikal bebas yang ada di sekeliling kita dan juga dari pemakanan kita. So Vitamin C bantu menggalakkan penghasilan kolagen. So Mommy makan Vitamin C Shaklee.

5. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Haaaa... Yang ini paling utama yaa... Amalkan pemakanan sihat bukan sahaja bagi kulit yang sihat malah bantu untuk kekal sihat. So kalau tubuh badan sihat, sudah tentu kulit akan jadi sihat kan...

So itu sahajalah tips Mommy kali ini. Semoga berjumpa di entry seterusnya yaa.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Tuesday, 30 January 2018

KULIT JADI CANTIK DENGAN MENGAMALKAN BUAH INI

Hai...

Kali ini Mommy nak kongsikan kat anda semua tentang buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C.

Kebanyakkan orang tidak mengetahui buah apa yang tinggi Vitamin C nya selain daripada buah oren. Bila ditanya sahaja sudah tentu buah oren adalah jawapan utama. Ya kan? Hehehe. Dahulunya Mommy pun begitu juga. So don't worry about it because right now you gonna know 6 types of fruit that contains a lot of vitamin C. 

1. BUAH JAMBU BATU


Mesti anda terkejut kan? Tapi buat pengetahuan anda semua buah jambu batu ini mempunyai Vitamin C dua kali lebih tinggi daripada buah oren. Ianya bagus untuk merawat masalah yang berkaitan dengan perut. Tapi jangan terover makan pula yaa 😎


2. BUAH KIWI

Seperti buah jambu batu, buah kiwi juga mempunyai vitamin C dua kali lebih banyak berbanding buah oren. Bukan sahaja mengandungi Vitamin C malah buah kiwi juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Kalium, dan juga Magnesium.


3. BUAH OREN

Vitamin C dan buah Oren berpisah tiada. Setiap kali di tanya buah apakah yang ada Vitamin C, pasti jawapan utama ialah buah Oren. Kan? Buah oren mengandungi banyak khasiat seperti antioksidan, vitamin, folat, serat, dan juga mineral yang di perlukan badan kita setiap hari. So amalkan pengambilan buah oren okay.


 4. BUAH BETIK

Seperti yang diketahui ramai buah betik sangat bagus untuk sistem pencernaan. Namun banyak yang tidak tahu buah betik juga kaya dengan Vitamin C. So sesiapa yang nak detoks tu memang sesuai sangat amalkan buah betik.


5. BUAH DURIAN BELANDA

Haa yang ni, banyak muda mudi tak tahu buah ni. Salah satu favourite fruit Mommy. Kalau anda nak tahu sebenarnya buah durian belanda ni merupakan buah yang bertindak sebagai agen antioksidan, untuk kekebalan tubuh dan juga melambatkan proses penuaan. Selain itu, buah ini juga mengandungi fosforus dan juga kalsium so amalkan la yaa buah durian belanda ini untuk elakkan daripada masalah osteoporosis.


6. BUAH ANGGUR

Buah anggur juga antara buah yang tinggi Vitamin C dan oleh sebab itu lah buah anggur kaya dengan serat, zat besi, kalium, dan tinggi dengan anti oksidan. No wonder lah buah anggur menjadi pilihan utama sebagai bahan untuk vivix.

So anda bolehlah mengamalkan buah-buahan ini untuk pengambilan buah yang kaya dengan Vitamin C.

Dan jika anda nak cari suplement yang lengkap dengan Vitamin C, boleh klik disini.

Ok lah sekian perkongsian dari Mommy. Jom cantik bermula dengan pengambilan buah harian anda.

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Monday, 29 January 2018

Vitamin C untuk kecantikkan, betul kah?

Hai....

Mommy nak kongsi tentang vitamin C untuk kecantikkan.

Banyak penjual di luar sana yang claimed bahawa untuk jadi cantik, skin care adalah keutamaan. Is it true?

Pada mommy, tidak. Kenapa? Jika kita lihat zaman nenek moyang kita dahulu, skin care itu tidak wujud. Tapi bagaimana mereka kekal kelihatan cantik malah awet muda lagi? Tubuh badan juga sihat. Why?

Kerana pemakanan mereka semuanya lengkap dengan nutrisi dan lebih banyak nutrisi yang membantu untuk trigger sel dalaman badan untuk lebih cantik dan sihat.

Mommy ada seorang kawan masa kat University dulu, dia bagi mommy tengok gambar nenek dan mak dia. Nenek dia ni berasal dari pedalaman sumatera indonesia, tinggal nun jauh di atas bukit dan jauh dari bandar. Mak dia macam biasa, kawin dengan orang bandar dan menetap kat bandar. Mommy tersalah teka yang nenek dia tu ialah Mak dia dan Mak dia tu adalah Nenek dia. Sentap juga Mommy masa tu takut kawan marah tapi dia gelak kat Mommy dan beritahu itu Nenek dan Mak dia. Mommy tanya mengapa itu boleh terjadi? Nenek kelihatan lagi muda daripada Mak dia? Jawapan dia mudah jak, sebab nenek dia tak makan makanan berminyak. Makanan semua collect dari hutan. Yela jauh dari bandar kan pastu atas bukit lagi. Mak dia jadi kelihatan lebih tua kerana semuanya dia telan. Jangan kata berminyak, manis-manis segala, McD, PizzaHut, KFC, Borenos...Semuanya masuk.. Masa tu baru lah Mommy tersedar bahawa pemakanan juga bantu untuk kelihatan muda dan cantik. Forget to mention Nenek dia putih gebu tanpa skin care dan bedak yaaa. Mak dia, errrr... No komen. Hehehe

Tapi......

Bagaimana pula mereka yang berada di bandar dan jauh daripada sayuran fresh dan sihat seperti yang ada kat dalam hutan tu? Kamu sanggup kah redah hutan semata-mata untuk dapatkan sayur supaya jadi cantik? Mommy jujur memang tak sanggup, yela dah la tinggal jauh dari hutan.

That is why mengapa Shaklee menciptakan Vitamin untuk mereka yang ingin melengkapkan nutrisi di dalam tubuh. Tahukah anda bahawa setiap kali kita masak sayur menggunakan minyak masak, nutrisi yang ada di dalam sayur itu sebenarnya berkurang. Oleh sebab itu lah mengapa kita perlukan vitamin untuk lengkapkan nutrisi dalam badan.

Salah satunya ialah vitamin c. Shaklee mengeluarkan produk vitamin c yang di kenali sebagai Sustained Released Vita C Plus.

Tahukah Anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Sustained Release Vita C Plus Shaklee

Apa istimewanya Vitamin C Shaklee ini?

Sustained Release Vita C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesanannya.

Lebih menarik tentang SR Vita C Plus...

1. Bantu menghasilkan kolagen di dalam badan.
2. Bantu kulit kelihatan lebih cantik dan sekata.
3. Sebotol penggunaan sehingga 6 bulan.
4. Bantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Dan banyak lagi.....



Testimoni Sustained Released Vita C Plus Shaklee.



Mommy nak share muka mommy dulu la. Muka sewaktu konsisten dengan SR Vita C Plus dan waktu tidak konsisten. Tak konsisten sebab asyik terlupa nak makan. Pasni insaf, Mommy nak kulit wajah yang halus mulus seperti dahulu. Hehehe. Skin care sama barangan makeup sama. Nampak tak? Cover bedak pun tetap tak cantik kan. Geram mommy. Hahaha.

So nasihat mommy, kecantikkan itu tidak kekal jika kita tidak menjaganya dengan baik. Tapi cara jaga bukan hanya dari luaran sahaja yaa, kita perlu jaga dari dalaman juga.

Sini mommy kongsikan video tentang apa lagi keistimewaan Vita C Plus ni dalam membantu penjagaan kulit Mommy.


So kalau anda berminat untuk dapatkan Sustained Released Vita C Plus Shaklee ni, boleh dapatkannya di sini.


Atau terus hubungi Mommy di link whatsapp Mommy; http://dionzgoh.wasap.my


Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh.

Friday, 26 January 2018

Salah pilih produk penjagaan kulit, kembalikan kejelitaan bersama YOUTH Shaklee.

Hai...

Hari ini mommy nak kongsikan tentang produk skin care pula...

Seperti yang kita tahu berita tentang salah pilih produk skincare membawa kepada bahana kulit wajah. Di sini sana keluar berita tentang berita hangatnya.. Ada pula berita bahawa pengasas produk skin care meninggal akibat penggunaan produknya sendiri yang mempunyai merkuri sehingga menyebabkan pembuluh darahnya pecah.

Jom lihat mereka yang tersalah pilih produk sehingga menyebabkan bahana kepada mereka.




Disebabkan perkara seperti ini, kesedaran orang ramai semakin terbuka. Oleh sebab itu pemilihan untuk produk skin care haruslah dipilih dengan lebih baik.

So mommy nak share produk Skincare yang dijamin halal, selamat, dan semulajadi. Ianya ialah Shaklee Skin care YOUTH.

YOUTH Skin Care terdiri daripada 6 jenis produk utama, iaitu;

1. Luminous Gel Oil Cleanser (pencuci muka)
2. Perfecting Skin Toner (Penyegar)
3. Age Defense Moisturizer SPF 50 (pelembab & sun block)
4. Advance Renewal Night Cream (pelembab & krim malam)
5. YOUTH Activating Serum (Serum)
6. Radiance C + E (pencerah & pemudar bekas parut, jerawat, garis penuaan)


Luminous Gel Oil Cleanser (pencuci muka)

Perfecting Skin Toner (Penyegar)

Age Defense Moisturizer SPF 50

Advance Renewal Night Cream (pelembab & krim malam)

YOUTH Activating Serum (Serum)

Radiance C + E (pencerah & pemudar bekas parut, jerawat, garis penuaan)

Best kan?

Tapi.... Barang baik harus disertakan juga apa bahan-bahan produk kan?

Apakah bahan-bahan yang menjadikan produk skin care YOUTH ini menjadi igauan?

1. Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

2. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.

3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.

4. Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.

5. Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.


Jom lihat mereka yang dah menggunakan produk Skincare YOUTH ini;





Kenapa semuanya orang barat? Sebab mereka dah dahulu guna dan merasakan kehebatan produk YOUTH Skincare. Hihihi.

Guru kelas kecantikan mommy kata setiap produk berkesan dengan cara penggunaannya. So kalau anda nak tahu cara betul penggunaan produk skincare YOUTH, boleh klik di sini.

So mommy nak nasihat, pilihlah produk yang selamat dan dijamin berkualiti untuk kebaikan diri anda. 😉

Kalau anda nak cari dan order produk YOUTH Skincare ini, boleh terus hubungi mommy yaa.

Atau terus ke link ini, http://dionzgoh.wasap.my

Luv,
Mommy Olundus
Dionz Goh

10 Petua Kecantikkan Dan Kesihatan

Ramai orang nak kelihatan cantik tapi kesihatan tak jaga. Begitu juga disebaliknya. Sedangkan kecantikkan dan kesihatan itu merupakan saling...